CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Norizman takluk Litar Putrajaya

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Emir akhiri kemarau sejak dua tahun  ungguli  saingan kategori  CP115PENUNGGANG Harian Metro TEQ SCK Honda Racing, Norizman Ismail yang bermula hambar pada tiga pusingan kelas CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011, bangkit memenangi Pusingan 4 di Litar Putrajaya, semalam.\rKegembiraan dikongsi rakan sepasukannya, Md Affendi Rosli yang menduduki tempat kedua apabila tiba di garisan penamat hanya 3.03 saat di belakang manakala tempat ketiga menjadi milik penunggang Pennzoil Fastrac Racing, Ahmad Fazli Sham.\r\n\n\n\n\r    “Kemenangan ini menjadi sejarah buat saya di litar yang ada kesukarannya sendiri. Saya berpuas hati dengan pencapaian hari ini (semalam) apabila jentera dapat diselaraskan dengan baik,” kata Norizman pada sidang media, semalam.\r\r\n\n\n\n\n    Norizman berazam mengekalkan rentak cemerlang pada pusingan seterusnya di Teluk Intan, 25 hingga 26 Jun ini walaupun menduduki tempat ketiga musim lalu.\r“Pasukan sudah menemui pelarasan jentera yang baik tetapi kami akan menyesuaikannya mengikut keadaan litar,” katanya yang mencatat 13 minit 14.511 saat sepanjang 15 pusingan di litar sejauh 1.46 kilometer sepusingan itu.\rHasil kemenangan semalam, Norizman mengambil alih kedudukan tangga teratas daripada Abdul Muhaimin Roslan dengan 54 mata diikuti Affendi dengan 48 mata manakala Fazli Sham kekal di tangga ketiga dengan 46 mata.\rDalam saingan kategori CP115, Mohd Emir Firdaus Hasan (M-Seki Liberty Honda Racing) mengakhiri kemarau sejak dua tahun apabila muncul juara dengan masa 10:52.434 saat,  meninggalkan Mohd Rozaiman Said (Motul Yamaha YY Pang Racing) dan Mohd Fitri Ashraf Razali (Harian Metro TEQ SCK Honda).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.029343 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list