View: 287|Reply: 0
|
Sastera.com: Bebaskan sastera daripada semua pengaruh
[Copy link]
|
|
LAMAN web The Korea Herald di alamat www.koreaherald.com berkongsi pandangan Pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan 2000, Gao Xingjian, supaya semua bentuk sastera perlu bebas daripada kawalan ideologi, politik dan pasaran bebas.\rTidak hairanlah novelis, dramatis, pengkritik dan pelukis kelahiran Ganzhou, Jiangxi, China itu sendiri berpatah arang dan berkerat rotan dengan tanah airnya sendiri apabila semua karyanya diharamkan oleh kerajaan.\r\n\n\n\n\rGao yang menjadi pengarang keturunan China pertama memenangi Hadiah Nobel, membawa diri ke Perancis pada 1987 dan memperoleh kerakyatan negara itu, kira-kira 10 tahun kemudian.\r\r\n\n\n\n\nBeliau tidak pernah kembali ke China selepas meninggalkan tanah airnya dan tidak mempunyai sebab untuk pulang ke negara yang mengharamkan semua karyanya daripada sampai kepada pembaca.\r“Walaupun China merentasi pembangunan ekonomi yang menakjubkan, malangnya dua perkara utama masih kekal seperti sedia kala di tanah air saya.\r“Pertama ialah kebebasan akhbar, manakala satu lagi ialah kebebasan bersuara. China memiliki ruang yang sangat terhad kepada siapa juga pengarang untuk mempersembahkan karya secara bebas,” beliau dilaporkan berkata demikian oleh laman terbabit pada sidang media di Kyobo Bookstore, Seoul, baru-baru ini.\rBagaimanapun, Gao tidak hanya bercakap dalam kebebasan konteks ideologi komunis, bahkan yakin sastera tidak boleh dipengaruhi oleh semua ideologi abad ke-20.\r\n\n\n\n\r“Ia tidak kira Marxisme, liberalisme, nasionalisme dan pascakolonialisme, sebaliknya sastera perlu mencari set nilai yang baru yang bebas daripada kepentingan pasaran dan pemikiran politik.\r“Pengarang yang hilang kemampuan untuk berfikir secara bebas, senang sekali untuk mengekori trend ideologi pengarang lain,” katanya yang pertama kali tiba di Korea sempena Forum Sastera Antarabangsa Seoul.\rSastera, bagi Gao, perlu melangkaui kepentingan pihak tertentu kerana ia luahan bebas daripada perasaan dan pemikiran manusia, sekali gus pengarang perlu mencapainya sendiri secara bebas tanpa menanti diberikan kepadanya.\r“Ini kerana sastera sebenarnya sangat rapat dengan kelangsungan hidup manusia dan kehidupan harian mereka.\r“Apabila pengarang mengembangkan kreativiti yang bebas daripada dominasi ideologi dan nilai pasaran serta menulis untuk kepentingan generasinya, saya fikir individu terbabit berjaya mencapai kebebasan berkarya,” Gao dipetik berkata.\rGao lepasan Beijing Foreign Studies University (BFSU) itu, menyertai Chinese International Bookstore sebagai penterjemah profesional pada 1962, sebelum terpaksa menjadi petani ekoran dasar Gerakan Kembali ke Desa pada 1970-an.\rPada 1975, beliau dibenarkan pulang ke Beijing dan menjadi pemimpin kumpulan penterjemah Perancis untuk majalah Construction in China dan berkhidmat dalam Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa, Persatuan Penulis China.\rDua tahun selepas beliau berpindah ke Bagnolet, Perancis, beliau menghasilkan Fugitives yang turut menyentuh demonstrasi prodemokrasi di Tiananmen Square pada 1987, sekali gus menyebabkan semua karyanya diharamkan daripada dipentaskan di China.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|