CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

Blatter nafi FIFA hadapi krisis

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Valcke sangkal dedahkan ada unsur rasuah dalam bidaan Qatar 2022ZURICH: Presiden FIFA, Sepp Blatter yang menghadapi skandal rasuah semakin parah termasuk dakwaan Qatar ‘membeli’ hak penganjuran Piala Dunia 2022, menafikan berlakunya krisis dan menggambarkan ia sebagai masalah dalaman badan induk itu.\rBlatter memulakan minggu yang menyaksikannya dia sepatutnya diundi semula sebagai presiden dengan penuh garang, mengecam media kerana bersikap biadap dan memberikan sokongan secara terbuka kepada Qatar.\r\n\n\n\n\r    Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke sebelum itu mengeluarkan kenyataan menafikan kononnya dia yang mendedahkan ada unsur rasuah dalam bidaan Qatar 2022.\r\r\n\n\n\n\n    Tatkala semua perbualan di ibu pejabat FIFA berkisar mengenai rasuah yang menjurus ke arah krisis paling teruk yang pernah dialami sukan itu, Blatter berkata, organisasinya hanya menghadapi masalah dalaman yang boleh diselesaikan.\rIa tidak terasa pada awalnya apabila Presiden CONCACAF, Jack Warner memaklumkan mengenai kandungan emel Valcke yang mencetuskan persoalan sama ada Mohamed Hammam, yang berhasrat bertanding menentang Blatter, merasakan dia boleh membeli jawatan presiden itu seperti Qatar “membeli\" Piala Dunia.\rQatar mengeluarkan penafian terhadap sebarang salah laku dan Valcke kemudian menjelaskan dia hanya bermaksud kekuatan kewangan rantau Teluk itu membolehkan Qatar melancarkan kempen lobi yang efektif.\rQatar menerima sokongan tambahan daripada Blatter pada sidang akhbar dramatik kelmarin, dengan presiden itu berkata FIFA tidak menerima sebarang bukti wujudnya isu dalam kaedah pemilihan tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022.\r\n\n\n\n\rBlatter, warga Switzerland berusia 75 tahun yang menerajui badan induk bola sepak dunia itu sejak 1998 yang menyaksikannya dia mampu menggandakan pendapatan FIFA menerusi penjualan hak siaran televisyen dan penajaan, menang tanpa bertanding pada pemilihan hari ini berikutan penarikan diri Hammam, Ahad lalu, beberapa jam sebelum warga Qatar itu digantung bersama-sama Warner kerana tuduhan Hammam membayar delegasi dari Caribbean AS$40,000 (RM120,000) untuk mengundinya.\rBlatter berkata, dia kesal dengan dakwaan itu tetapi berkata masalah itu boleh diselesaikan secara dalaman.\r“Bola sepak tidak berada dalam krisis,” kata Blatter. “Bola sepak berada dalam keadaan bermasalah tetapi ia boleh diselesaikan dalam keluarga kami.” – Reuters\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.081012 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list