View: 121|Reply: 0
|
Tiada pemain Negeri Sembilan dipanggil SPRM
[Copy link]
|
|
TIADA pemain Liga Super Negeri Sembilan dipanggil pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berkaitan kes mengatur keputusan perlawanan yang menggemparkan skuad Piala Presiden negeri itu musim ini.\rKetua jurulatihnya, Mohd Azraai Khor Abdullah, mengesahkan perkembangan itu dan menjelaskan sehingga kini tiada pemain diminta hadir ke pejabat SPRM.\r\n\n\n\n\r “Setakat ini tiada pemain Liga Super yang diminta hadir ke SPRM dan saya berharap tiada pemain skuad ini dikaitkan dengan gejala terbabit. Bagaimanapun, kami akur jika pihak SPRM meminta mana-mana pemain hadir dan kami akan berikan kerjasama penuh,” katanya semalam.\r\r\n\n\n\n\n Bekas pengendali kebangsaan dan Kedah itu berkata, dia berharap skuad yang mula dikendalikan pada 22 Mac lalu bebas daripada sebarang gejala tidak sihat kerana ia bukan saja akan menjejaskan reputasi individu, malah seluruh pasukan.\rMenurutnya, pihaknya tidak mahu situasi berkenaan mengganggu tumpuan pemain ketika mereka bergelut mahu mempertahankan reputasi dan kekal dalam saingan liga elit itu musim depan.\r“Negeri Sembilan perlu menamatkan baki tiga perlawanan dengan kemenangan untuk terus kekal dalam Liga Super, justeru saya berharap siasatan kes ini (rasuah) memberikan keputusan yang baik (tidak membabitkan pemain) supaya tumpuan boleh diberikan kepada cabaran sedang dihadapi,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|