CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

SUKMA XIV KL berwajah baru

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SELEPAS 23 tahun, Sukan Malaysia (SUKMA) kembali dianjurkan di Kuala Lumpur tetapi edisi ke-14 yang bermula hari ini sehingga 12 Jun, dianjurkan dengan format berbeza.\rDengan bajet kecil kira-kira RM8.5 juta berbanding melebihi RM100 juta pada penganjuran terdahulu, temasya itu akan mula dianjurkan secara tahunan di Kuala Lumpur dan diselang seli dengan negeri lain dengan Pahang bakal menganjurkannya tahun depan manakala 2013 menyaksikan Kuala Lumpur menganjurkan semula sebelum Perlis menjadi tuan rumah 2014.\r\n\n\n\n\r   Pada SUKMA XIV, 19 acara bukan sukan wajib kecuali berbasikal trek dipertandingkan dengan menawarkan keseluruhan 448 pingat (129 emas, 129 perak dan 190 gangsa) sambil silambam menawarkan pingat terbanyak iaitu 68.\r\r\n\n\n\n\n   Membabitkan penyertaan 3,336 atlit dan 1,235 pegawai, SUKMA kali ini memberi peluang kepada sukan yang sering terpinggir dipertandingkan dan memberi motivasi buat negeri melahirkan lebih ramai atlit pelapis bawah 21 tahun.\rMeskipun kesemua 14 negeri bakal menyertai temasya itu, kebanyakan kontinjen yang dihantar kali ini lebih kecil dengan sasaran  pingat juga diletakkan jauh lebih rendah kerana turut bertindih dengan penganjuran Sukan Sabah (SAGA) pada 6-11 Jun dan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) pada 4-12 Jun.\rJuara bertahan, Terengganu yang mengutip  47 emas, 30 perak dan 43 gangsa pada SUKMA 2010 di Melaka dan turut mendahului pungutan pingat ketika menjadi tuan rumah 2008, masih dianggap kontinjen terkuat untuk mempertahankan kejuaraan dengan sasaran menerusi acara kenu, judo, ragbi dan berbasikal trek biarpun sebahagian besarnya dianggap sukan baru.\rSatu lagi kontinjen pilihan, Selangor yang pernah muncul juara keseluruhan tujuh kali - 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004 dan 2006 - dijangka terus memberi saingan kepada Terengganu terutama dalam acara berbasikal trek selepas menjuarai keseluruhan Kejohanan Lumba Basikal Trek Terbuka Kuala Lumpur 2011, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rINFO\rTarikh: 2-12 Jun 2011\rAtlit: 3,336 (14 negeri)\r Pegawai: 1,456\r Sukan dipertandingkan: Akuatik (polo air, renang berirama), berbasikal (trek), bina badan, bola baling, bola jaring, bola keranjang, futsal, bola tampar pantai, judo, kabaddi, kanu, kriket, lawan pedang, mendayung, ping pong, ragbi, silambam, sofbol dan tenis

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.169225 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list