CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

Klinik UPSR berkesan, tepat untuk program pendidikan anak

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PROGRAM pendidikan tambahan yang menepati kehendak soalan peperiksaan mampu membantu pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan penting.\rTimbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Mohamed Zahari Razali, berkata program seperti itu akan memberi bimbingan tepat kepada pelajar kerana disampaikan oleh tenaga pengajar dari kalangan guru pakar.\r\n\n\n\n\r   Katanya, penerangan guru pakar terbabit biasanya lebih mudah difahami pelajar dalam mendapat maklumat khusus mengenai cara menjawab soalan yang menepati kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia.\r\r\n\n\n\n\n    “Pelaksanaan program yang sedemikian biasanya akan memberi hasil yang terbaik kepada pelajar yang mengikutinya bagi memastikan mereka mendapat keputusan cemerlang,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Klinik UPSR 2011 (Fasa 2) Peringkat Kuching, Sarawak anjuran bersama Berita Harian dan Troopz Resources, di Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Sabtu lalu.\rSeramai 300 calon UPSR sekitar Kuching, Miri, Seri Aman, Sarikei dan Sibu menghadiri klinik dua hari yang membincangkan subjek Bahasa Melayu, Mathematics, Bahasa Inggeris dan Science. \rMohamed Zahari berkata, ibu bapa khusus di Sarawak membuat pilihan yang tepat bagi menghantar anak mengikuti program pendidikan tambahan kerana pengorbanan mereka mengeluarkan wang bagi membayar yuran adalah pelaburan bagi masa depan anak.\r“Kejayaan anak-anak ini secara tidak langsung menjadi aset penting kepada Sarawak untuk melahirkan tenaga profesional bagi memacukan pembangunan negeri pada masa depan.\r\n\n\n\n\r“Saya berharap program ini akan diteruskan ke kawasan pedalaman lain seperti di Miri dan Sibu bagi membantu pelajar di situ,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.052249 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list