CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

My3s kesan kelemahan siswazah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) belum berpuas hati terhadap pencapaian pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam dua aspek yang dinilai menerusi Skala Kemahiran Insaniah Malaysia (My3s), iaitu penguasaan komunikasi serta pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.\rSelain dua aspek berkenaan, My3s juga menilai lima kemahiran lain, iaitu kerja berpasukan; moral dan etika; kemahiran kepimpinan; pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat serta kemahiran keusahawanan.\r\n\n\n\n\r     Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata pelajar perlu melepasi ujian berkenaan bagi memudahkan mereka memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.\r\r\n\n\n\n\n      Katanya, ujian terhadap pelajar terbabit adalah berdasarkan masalah dibangkitkan majikan dalam beberapa siri pertemuan dengan KPT sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini.\rSaifuddin berkata, sepanjang tahun lalu seramai 10,828 pelajar tahun akhir IPTA dinilai manakala 39,465 pelajar tahun pertama juga dikehendaki menduduki ujian itu.\r“Bakal majikan tidak mempersoalkan kelayakan dan kualiti akademik graduan IPTA, sebaliknya mereka mempersoalkan kegagalan graduan dalam aspek komunikasi meliputi lemah berbahasa Inggeris serta gagal berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah.\r“Akhirnya masalah ini mempengaruhi kebolehpasaran pelajar terbabit. Justeru, aspek berkenaan perlu diberi perhatian oleh universiti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Saintifik Modul Kajian Khusus Ke-3 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rHadir sama Dekan Fakulti Perubatan yang juga Pengarah PPUKM, Prof Datuk Dr Raymond Azman Ali dan Ketua Pengarah Persidangan, Muhammad Izmeer Apili.\rLebih 500 peserta, iaitu pelajar perubatan pelajar dari UKM, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dan Universitas Padjadjaran, Bandung Indonesia menghadiri seminar dua hari berkenaan.\rMengenai pembabitan pelajar universiti dalam Parlimen Belia yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 Mei lalu, Saifuddin berkata pelajar IPT akan diwakili dalam institusi itu.\rKatanya, KPT menganggotai Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia yang dengan sendirinya membolehkan wakil kementerian menganggotai Parlimen Belia.\rBeliau berkata, KPT sedang memuktamadkan jumlah pelajar yang akan menganggotai parlimen berkenaan dan mekanisme pemilihan yang akan dilaksanakan untuk memilih ahlinya.\r“Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan akan bersidang tidak lama lagi dan keanggotaan dalam Parlimen Belia akan dibincangkan.\r“Mungkin ada wakil dari MPP atau Parlimen Mahasiswa yang kini bergiat di Universiti Sains Malaysia,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.822193 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list