CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

Debu gunung Chile tiba di Argentina

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
3,500 penduduk kawasan sekitar  dipindahkan akibat letusan  gunung berapi  PuyehueSANTIAGO: Sebuah gunung berapi yang ‘tidur’ selama berdekad lamanya meletus di selatan-tengah Chile kelmarin, memuntahkan debu sehingga mencapai 10 kilometer ke udara hingga sampai ke Argentina dan menyebabkan beribu-ribu penduduk dipindahkan.\rAngin turut meniup debu itu ke arah  Argentina, menyebabkan langit gelap di bandar peranginan ski San Carlos de Bariloche, kata pegawai kerajaan negara terbabit, dan memaksa lapangan terbang bandar itu ditutup.\r\n\n\n\n\r   Letusan rangkaian gunung berapi Puyehue 920 kilometer selatan Santiago, menyebabkan Chile menutup laluan sempadan sibuk ke Argentina.\r\r\n\n\n\n\n   Tidak jelas mana satu antara empat rangkaian gunung berapi itu meletus kerana liputan debu dan keadaan cuaca. Kali terakhir ia meletup ialah pada 1960. Media tempatan melaporkan, bau sulfur yang kuat  dapat dihidu dan  aktiviti gegaran juga kerap berlaku.\r“Gunung berapi Puyehue berada dalam proses ledakan dan letupannya memuntahkan asap setinggi 10 kilometer,” kata pejabat kecemasan negeri ONEMI.\r“Kami cuba menyekat kenderaan  dan meminta pemandu tidak keluar rumah, tutup pintu dan tingkap bagi mengelak terkena debu,” kata  Setiausaha Komunikasi, Carlos Hidalgo. Kerajaan Chile memindahkan 3,500 penduduk dari kawasan sekitar sebagai langkah berjaga-jaga.\rAsap debu dari Chaiten memenuhi bandar di Argentina dan dapat dilihat dari angkasa lepas. Gunung berapi Llaima, satu daripada  yang paling aktif di Amerika Selatan, meletus pada 2008 dan 2009.  – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.038062 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list