|
Kerugian dalam saham perladangan, kewangan beri tekanan pasaranHARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam dengan kerugian dalam saham perladangan dan kewangan terus memberi tekanan kepada pasaran secara meluas.\rPada jam 5 petang, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) mengakhiri urus niaga 7.71 mata lebih rendah pada 1,552.14 selepas dibuka pada 1,556.24, turun 3.61 mata.\r\n\n\n\n\r Peniaga berkata CIMB susut empat sen kepada RM8.30 dan RHB Capital turun lima sen kepada RM9.93 tetapi Maybank, yang menokok dua sen kepada RM8.74, membantu mengekang kerugian keseluruhannya.\r\r\n\n\n\n\n Beliau berkata yang keuntungan dalam Sime Darby dan IJM, bagaimanapun, berjaya memberikan sedikit sokongan kepada pasaran.\rSeorang lagi peniaga berkata tiada banyak yang boleh dijangkakan daripada pasaran minggu ini kerana kebanyakan pelabur tidak memasuki pasaran kerana cuti sekolah.\rIndeks Kewangan turun 21.449 mata kepada 14,480.61, Indeks Perladangan lega 7.89 mata kepada 7,793.50 dan Indeks Perindustrian lega 3.55 mata kepada 2,746.18.\rIndeks Emas FTSE Bursa Malaysia merosot 46.02 mata kepada 10,649.70 dan Indeks ACE kerugian 28.49 mata kepada 4,199.02.\r\n\n\n\n\rSaham rugi mengatasi saham untung dengan 454 berbalas 261 sementara 316 kaunter tidak berubah dan 431 yang lain tidak diniagakan.\rJumlah dagangan mengukuh kepada 635.332 juta saham bernilai RM972.527 juta berbanding Jumaat lalu iaitu 581.943 juta bernilai RM1.038 bilion.\rDi kalangan saham aktif, Tejari Technologies kekal pada tujuh sen tetapi KNM turun tujuh sen kepada RM1.92 dan Ho Wah Genting merosot tiga sen kepada 42.5 sen \rSaham berwajaran tinggi pula, Tenaga lebih rendah empat sen kepada RM6.95 sementara Public Bank dan Hong Leong Bank, masing-masing pada RM13.12 dan RM12.56.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 442.103 juta saham bernilai RM944.511 juta daripada 452.437 juta saham bernilai RM1.018 bilion Jumaat lalu.\rJumlah dagangan di Pasaran ACE menambah kepada 149.433 juta unit bernilai RM19.85 juta berbanding 84.374 juta unit bernilai RM14.350 juta sebelumnya.\rWaran merosot kepada 42.655 juta unit bernilai RM7.85 juta daripada 43.967 juta unit bernilai RM5.81 juta.\rProduk pengguna menguasai 29.414 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 125.406 juta, pembinaan 24.615 juta, urus niaga dan perkhidmatan 130.817 juta, teknologi 17.203 juta, infrastruktur 5.321 juta, kewangan 41.791 juta, perhotelan 359,000, hartanah 49.971 juta, perladangan 12.743 juta, perlombongan 23,000, REIT 4.397 juta dan dana tertutup 41,000. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|