CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Bisnes Dunia: Saham Asia ditutup bercampur-campur

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Prestasi lemah di Wall Street pengaruhi pasaranSAHAM Asia ditutup bercampur-campur semalam pada hari pertama dagangan serantau selepas cuti hujung minggu yang panjang, dengan kegiatan pengambilan untung ditambah   dengan satu lagi prestasi lemah di Wall Street dan kebimbangan ekonomi global.\rTokyo meningkat 0.67 peratus, atau 62.60 mata kepada 9,442.95, manakala Shanghai melonjak 0.6 peratus, atau 16.28 mata kepada 2,744.30, manakala Sydney ditutup lebih rendah apabila susut 2.8 mata kepada 4,566.3. \r\n\n\n\n\r  Seoul kehilangan 0.65 peratus, atau 13.76 mata kepada 2,099.71 dan Hong Kong susut 0.32 peratus pada dagangan semalam.\r\r\n\n\n\n\n  “Pasaran antarabangsa masih tidak menentu,” kata Penganalisis Pasaran CMC Markets di Sydnet, Ric Spooner.\r“Laporan yang dikeluarkan minggu lalu menunjukkan pertumbuhan angka pekerjaan lebih lemah daripada jangkaan di Amerika Syarikat (AS) mengukuhkan lagi pandangan bahawa pertumbuhan pendapatan syarikat bagi jangka terdekat ini mungkin tidak dapat memenuhi unjuran sebelumnya,” katanya.\rPerangkaan dikeluarkan Jabatan Tenaga Kerja AS Jumaat lalu menunjukkan bahawa ekonomi republik itu hanya menambah 54,000 pekerjaan pada Mei, manakala angka sebelumnya pada minggu itu turut menunjukkan pertumbuhan pekerjaan sektor swasta yang lemah.\rLaporan itu didatangkan dengan perangkaan pengeluaran yang lemah.\r\n\n\n\n\rBerita kurang menggembirakan itu menjejaskan Dow, yang kerugian 0.79 peratus pada Jumaat dan 0,50 peratus pada Isnin lalu.\rIndeks Nikkei disokong saham Tokyo Electric Power Co (TEPCO) yang melonjak berikutan pengumuman daripada ketua jurucakap kerajaan, Yukio Edano bahawa ia boleh mengelak memfailkan muflis bagi memastikan ganti rugi diberikan kepada penduduk yang terjejas daripada loji kuasa nuklearnya yang lumpuh.\rSyarikat jana kuasa terbesar Jepun itu merudum hampir 28 peratus pada Isnin di tengah-tengah kebimbangan kerugian besar untuk tahun ini sehingga Mac 2012 serta kemungkinan dikeluarkan daripada senaraian pasaran saham.\rBagaimanapun, firma utiliti itu, yang   berdepan musibah dicetuskan   loji nuklear Fukushima daripada tsunami Mac lalu, ditutup 4.34 peratus lebih tinggi pada 216 yen.\r“Edano berkata, kerajaan sedang mencuba mengelakkan pemfailan kebankrapan oleh mahkamah bagi TEPCO supaya kenyataan itu dapat membantu meredakan sentimen pasaran luas,” kata Pengurus Besar Daiwa Securities, Kazuhiro Takahashi.\rPeningkatan Nikkei menghentikan tiga kerugian berturut-turut indeks itu, di mana dalam tempoh itu ia susut sebanyak 3.5 peratus.\r“Disebabkan penurunan baru-baru ini, wujud keadaan di mana saham Jepun dirasakan semakin dinilai rendah,” kata Pengurus Besar Mito Securities, Yutaka Yoshii kepada Dow Jones Newswires.\rDi pasaran mata wang, dolar AS meningkat berbanding mata wang Jepun selepas nilainya jatuh di New York kepada di bawah 80 yen berikutan kebimbangan ekonomi AS.\rMata wang AS itu mengukuh kepada 80.22 yen dalam dagangan pagi Tokyo daripada 80.07 yen di New York pada Isnin.\rSementara itu, euro didagangkan pada AS$1.4640, meningkat daripada AS$1.4572. Mata wang tunggal Eropah itu turut meningkat kepada 117.50 yen daripada 116.75 yen.\rKontrak utama New York, bagi minyak ‘light,sweet’ penghantaran Julai pula turun 54 sen kepada AS$98.47 satu tong dan minyak Brent North Sea penghantaran Julai berkurang 60 sen kepada AS$113.88 dalam dagangan semalam. – AFP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054494 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list