CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Singapura gesa generasi muda bujang kahwin

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
MCYS cari jalan atasi masalah kelahiran rendah di republik ituSINGAPURA: Kerajaan Singapura meminta generasi muda yang belum berkahwin supaya berbuat demikian bagi meningkatkan kadar kelahiran di republik itu.\rIa disuarakan Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) yang mendedahkan antara fokus utamanya mengatasi masalah kesuburan menyeluruh (TFR) yang mencapai paras terendah 1.16 peratus tahun lalu.\r\n\n\n\n\rCabaran utama bagi mereka ialah menggalakkan lebih ramai orang bujang berumah tangga, kata Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Mejar-Jeneral (Kerahan) Chan Chun Sing, kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n“Punca bagi kadar kelahiran rendah disebabkan ramai yang masih belum berumah tangga. Bagi mereka yang sudah berumah tangga pula, perangkaan menunjukkan prestasi yang baik (dari segi kadar mempunyai zuriat),” kata Chan.\rBeliau berkata demikian ketika ditemui  selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Pendaftar Perkahwinan (ROM) dan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM) yang sudah hampir selesai menjalani kerja menaik taraf.\rChan menambah, satu lagi cabaran adalah menyediakan lebih banyak peluang bagi golongan bujang bertemu jodoh dalam suasana kehidupan yang sibuk di republik ini.\rKata Chan, kerajaan akan berusaha sedaya upaya demi menggalakkan pasangan supaya berumah tangga pada peringkat awal tetapi pada akhirnya keputusan itu terletak pada individu sendiri\r\n\n\n\n\r“Pada akhirnya, kita perlu membuat satu komitmen untuk berkenalan dengan orang lain, untuk menyayanginya dan menyatakan kesanggupan untuk hidup bersama, itu lebih penting daripada apa pun prasarana atau insentif ketara yang boleh ditawarkan pemerintah,” katanya.\rChan berkata, kementeriannya sedang memantau dengan teliti kadar perceraian yang meningkat, yang menurutnya bukan hanya menjejaskan republik ini turut dihadapi negara lain.\rSecara purata, ROMM menerima 50 pendaftaran nikah orang Melayu/Islam setiap hari dengan 89 peratus pernikahan dijalankan di luar ROMM, berbanding 75 peratus bagi perkahwinan awam. – Agensi \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.141516 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list