View: 124|Reply: 0
|
ZTE lantik Dancom rakan niaga
[Copy link]
|
|
Manfaat 10,000 rangkaian pengedaran dalam usaha jayakan strategiZTE Corporation (ZTE) dari China, yang menyasar menjadi antara lima pengeluar telefon pintar Android terbesar dunia, melantik syarikat Malaysia, Dancom Telecommunications (Malaysia) Sdn Bhd, sebagai rakan niaga dan pengedar telefon pintarnya. \rTurut diberi hak pengedaran ialah komputer peribadi (PC) tablet dan peranti jalur lebar mudah alih yang dibangunkannya untuk pasaran tempatan.\r\n\n\n\n\r Presiden ZTE Malaysia, Forest Huang Zheng, yang menyifatkan Malaysia sebagai antara pasaran utama Asia Tenggara, berkata pihaknya akan memanfaatkan 10,000 rangkaian pengedaran Dancom dalam usaha menjayakan strategi terminal pintar itu di rantau ini.\r\r\n\n\n\n\n “Sebagai permulaan kami melancarkan tiga telefon pintar Android jenama ZTE di negara ini, iaitu siri Racer, Blade dan Skate.\r“Ia akan disusuli siri PC tablet meliputi akses paket berkelajuan tinggi (HSPA) 7.2Mbps hingga 14.4Mbps dan WiMAX sehingga 42Mbps, serta pelbagai peranti mudah alih.\r“Produk inovatif ini akan mengubah cara kita berkomunikasi sama ada di rumah, pejabat atau untuk keperluan peribadi,” katanya pada pelancaran tujuh peranti pintas ZTE yang disempurnakan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.\rHadir sama, Kaunselor Politik Kedutaan China di Malaysia, Chen Dehai; Pengerusi Dancom, Datuk Dr Tengku Rethwan Tengku Mansor: dan Pengarah Urusannya, Datuk Liu Thim Soon.\r\n\n\n\n\rZTE adalah antara pembekal peralatan telekomunikasi dan penyelesaian rangkaian untuk telekomunikasi terkemuka dunia.\rSungguhpun baru memasuki pasaran telekomunikasi global menggunakan jenamanya sendiri, jenama telefon pintar mudah alih ZTE memberikan saingan sengit kepada jenama besar seperti Nokia kerana perbezaan ketara harga ditawarkannya.\rTelefon pintar Blade memenangi pelbagai anugerah di Eropah, antaranya Telefon Pintar Terbaik anjuran UK Smartphone Essentials; Pembelian Terbaik di akhbar Sunday Times UK; dan adalah Pilihan Editor majalah PC World Greece.\rApril lalu, ZTE memperoleh kontrak daripada DiGi Telecommunications Sdn Bhd bagi membina rangkaian mudah alih 2G, 3G dan 4G yang diubah sepenuhnya mulai suku ketiga tahun ini.\rDalam perkembangan lain, Joseph berkata, dana Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) negara berada pada paras lebih RM4.5 bilion ketika ini, dengan sebahagian daripadanya akan digunakan bagi membina lebih banyak infrastruktur, khususnya di kawasan luar bandar.\rBeliau berkata, kemasukan jalur lebar di negara ini masih lagi rendah, iaitu sekitar 58 peratus, disebabkan antaranya kos infrastruktur dan kos operasi tinggi.\rDana USP ditubuhkan pada 2002 disalurkan pengendali telekomunikasi yang beroperasi di negara ini.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|