CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Bisnes Dunia: Pasaran saham Asia ditutup rendah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Kebimbangan terhadap susulan kenyataan suram  dikeluarkan Rizab Persekutuan ASPASARAN saham Asia kebanyakannya ditutup rendah semalam susulan kebimbangan terhadap ekonomi Amerika Syarikat berikutan kenyataan suram dikeluarkan Rizab Persekutuan negara itu. \rBagaimanapun, rali yang berlaku menjelang akhir dagangan menyaksikan saham Nikkei ditutup dalam wilayah positif.     \r\n\n\n\n\r  Saham Tokyo ditutup tinggi 6.51 mata kepada 9,449.46, manakala Sydney susut 0.65 peratus, atau 29.5 peratus kepada 4,536.8, rendah bagi tempoh dua bulan setengah. \r\r\n\n\n\n\n  Saham Seoul pula menyusut 0.78 peratus, atau 16.36 peratus, lebih rendah pada 2,083.35.\rHong Kong jatuh 0.61 peratus, begitu juga saham Shanghai yang susut 0.40 peratus semalam. \rPermintaan pasaran mungkin terjejas susulan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Ben Bernanke yang memberi amaran mengenai ‘kehilangan momentum’ dalam pasaran pekerjaan di AS.\rNegara ekonomi terbesar dunia itu masih mengalami pemulihan yang perlahan dalam tempoh dua tahun dan kadar pengangguran masih tinggi. \r\n\n\n\n\rBagaimanapun, Bernanke meramal pertumbuhan pengambilan pekerja akan meningkat, tetapi ia perlu dipantau dengan rapi dan dasar rangsangan masih diperlukan.   \r“Sehingga kami lihat tempoh berterusan dalam pewujudan peluang pekerjaan yang kukuh, kami tidak dapat menjangkakan pemulihan yang sepenuhnya,” katanya di Atlanta, Georgia.\rMengulangi situasi itu susulan kekurangan peluang pekerjaan baru dan krisis gadai janji yang berterusan, beliau memberitahu ‘situasi pekerjaan masih jauh dari normal’.   \rKomen Bernanke itu menyebabkan kejatuhan saham Wall Street lima hari berturut-turut, dengan Dow Jones Industrial Average ditutup rendah 19.15 mata, atau 0.16 peratus.\rDi Tokyo, kebimbangan terhadap kekurangan hala tuju positif bagi ekonomi negara itu, memberi tekanan kepada sentimen sentimen bagi hampir keseluruhan sesi dagangan semalam, tetapi pelabur yang mahu mengaut keuntungan saat akhir dagangan mendorong indeks itu kepada wilayah positif.   \rYen pula tinggi berbanding dolar pada dagangan awal Tokyo semalam pada 79.84 yen, sebelum susut semula kepada 80.06 yen kerana pasaran ekuiti yang meningkat. Dolar menutup dagangan di New York semalam pada 80.05.\rSementara itu, euro meningkat kepada $1.4677 daripada $1.4688 dan kepada 117.53 yen daripada 117.60 yen.\rDi pasaran lain, Taipei susut 0.55 peratus, atau 49.57 points, kepada 9,007.53.\rSaham HTC turun 2.72 peratus kepada Tw$1,250.5, manakala Hon Hai naik 0.5 peratus kepada Tw$100.5.\rSaham Manila pula meningkat 0.45 peratus, atau 18.99 mata, kepada 4,255.44.\rSaham Alliance Global meningkat 2.22 peratus kepada 10.12 pesos dan SM Investments bertambah 0.18 peratus kepada 566 pesos. San Miguel susut 0.52 peratus kepada 115.50 pesos.\rSementara itu, Wellington ditutup 0.56 peratus, atau 19.78 mata, lebih tinggi pada 3,525.39.\rSaham Contact Energy naik 3.6 peratus kepada NZ$6.02, Telecom naik 2.4 peratus kepada NZ$2.36 tetapi Fletcher Building susut 0.9 kepada NZ$8.75. –  AFP \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.195591 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list