View: 237|Reply: 0
|
Asin tiada rakan rapat di Bollywood
[Copy link]
|
|
Aktres juga gagal menyerlah dalam filem baruCHENNAI: Bintang filem kelahiran India Selatan, Asin Thottumkal mengaku dia belum mempunyai rakan rapat di Bollywood, walaupun pernah bekerja dengan nama besar dalam industri itu seperti Aamir Khan, Salman Khan dan Ajay Devgan.\r“Saya tidak mempunyai rakan akrab di Bollywood kerana saya rasa ia memerlukan usaha dan masa yang lama untuk menjalin persahabatan. Saya juga tidak fikir ada sesiapa berusaha untuk mempunyai rakan karib di sini,” katanya.\r\n\n\n\n\rAsin mengaku dia mengenali ramai selebriti di Bollywood tetapi bukan rakan rapat.\r\r\n\n\n\n\n“Kebanyakan pelakon yang bergandingan dengan saya adalah mereka yang sudah lama menceburi bidang ini dan saya amat menghormati mereka.\r“Saya tahu saya boleh mendekati mereka untuk apa juga yang saya inginkan, tetapi saya tidak menganggap ini sebagai suatu persahabatan yang rapat,” katanya.\rAsin memulakan kerjayanya di Bollywood dengan Aamir dalam filem Ghajini dan kemudian dengan Salman dalam beberapa filem termasuk London Dreams dan Ready. Filem terbarunya ialah Housefull 2 bergandingan dengan Akshay Kumar.\rAsin yang sebelum ini berharap filem Ready bersama Salman akan meningkatkan kerjayanya di Bollywood nampaknya kecewa apabila mengetahui hasratnya tidak tercapai.\r\n\n\n\n\rKeseluruhan filem itu memberi tumpuan kepada Salman yang mencuri semua perhatian.\rAsin baru-baru ini dilihat mengadakan tayangan khas untuk kedua-dua ibu bapanya.\r“Ibu bapa saya tidak banyak menonton filem Hindi, tetapi tayangan ini istimewa untuk mereka,” katanya.\rWalaupun peranan Asin dalam filem itu dibayangi Salman, ibu bapanya berkata ia filem yang hebat dan mereka menyifatkan lakonannya sebagai yang terbaik.\rAsin berlakon kali pertama dalam filem Malayalam berjudul Sathyan Anthikkad dan Narendra Makan Jayakanthan Vaka pada 2001.\rAsin mendapat kejayaan pertama melalui filem Telugu, Amma Nanna O Tamila Ammayi pada 2003 dan menerima anugerah Aktres Telugu Terbaik Filmfare.\rSelepas beberapa filem dia menerima anugerah Filmfare kedua sebagai Pelakon Terbaik Selatan melalui filem Tamil kedua, Ghajini pada 2005. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|