View: 258|Reply: 0
|
Syarat Shireen tak munasabah
[Copy link]
|
|
Firma tolak bayar RM271,889, naik jet ke lokasi persembahanALGIERS: Penyanyi Mesir, Shireen Abd Wahab mengenakan syarat yang tidak munasabah untuk menyanyi di Algeria, menurut laporan akhbar negara itu, Al Shurooq, di sini barubaru ini.\rMedia itu melaporkan, penyanyi terbabit dianggap membuat tuntutan keterlaluan kerana meminta bayaran AS$90,000 (RM271,889) dan sebuah jet persendirian yang membawanya ke lokasi persembahan.\r\n\n\n\n\rAkhbar Algeria itu juga memberitahu, pegawai syarikat yang mahu menganjurkan sebuah konsert Shireen enggan menerima syarat yang tidak realistik itu. \r\r\n\n\n\n\nPada masa sama, tuntutan Shireen menunjukkan bahawa penyanyi berkenaan memberi mesej hanya akan menyanyi jika harga yang dibayar dianggapnya cukup tinggi.\rSeorang ejen bagi syarikat terbabit berkata, mereka mengubah fikiran selepas Shireen menuntut dibayar sejumlah wang itu dan mempunyai sebuah pesawat persendirian yang membawa beliau ke Algeria termasuk sebuah lagi pesawat untuk mengangkut anggota kumpulan muzik beliau.\rSyarikat itu enggan memenuhi semua syarat Shireen dan sebab utama ialah beliau bukanlah dikira sebagai seorang daripada penyanyi Arab terkemuka di Mesir atau di dunia Arab sendiri.\rBerikutan itu, mereka mencalonkan penyanyi Arab yang lain untuk mengadakan persembahan yang dijadualkan berlangsung pada 19 Julai ini.\r\n\n\n\n\rDalam perkembangan lain, Shireen dilaporkan akan memulakan penggambaran bagi klip video lagu terbaru beliau Ma Ti’tathirsh (Jangan Maafkan) di ibu negara Lubnan, Beirut. Klip terbabit akan diarahkan pengarah tempatan, Waleed Naseef.\rShireen mahu membuat rakaman video lagu terbabit beberapa bulan lalu tetapi disebabkan keadaan tidak stabil di Mesir dan Arab menyebabkan beliau terpaksa menangguhkan projek berkenaan.\rLagu terbabit dicipta penyanyi Iraq terkemuka, Majed Al Muhandis dan susunan muzik oleh Mohammad Mustafa. Meskipun tidak dianggap penyanyi terkenal Arab, Shireen dianggap antara penyanyi popular di Lubnan yang dibuktikan melalui Facebook.\rHalaman Facebook penyanyi terbabit adalah yang paling popular dan memiliki ramai peminat berbanding artis lain.\rBilangan peminatnya dilaporkan mencecah 200,000 dan ia disifatkan sebagai halaman rasmi bagi sebarang perkembangan terkini membabitkan penyanyi itu. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|