CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Forum "Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke arah Pertengahan dalam Kemajm

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pergolakan politik tanahair kebelakangan ini amat menarik, terutamanya apabila pemimpin yang ingin membawa perubahan dalam PAS (dilabel \"Erdogan\") menang dalam pemilihan parti yang diadakan, baru-baru ini.  Kemenangan ini diibaratkan sebagai garis pemisah yang penting dalam proses \"transformasi\" PAS.Sekali imbas, \"transformasi\", \"reformasi\" menjadi istilah yang kerap terkeluar dari bibir - selepas politik tanahair dilanda \"tsunami politik\".  Ia mencerminkan realiti politik Malaysia, yang mahu menuju ke arah \"pertengahan\" dalam kemajmukan - untuk membentuk sesebuah masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama yang sejahtera.  Idea ini dikongsi bersama, dan pemerintah mahupun pembangkang berebut-rebut untuk menampilkan diri sebagai pendokong idea tersebut.Pernah veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar Barisan Nasional di-\"transformasi\" kepada sebuah parti berbilang kaum melalui sistem keahlian terus.  Beliau menganggap seandainya Barisan Nasional membuka keahliannya, maka akan terbentuk sistem dua parti dan sistem yang tidak mengira latar belakang kaum.  Maka Pakatan Rakyat juga perlu membuat perubahan yang sama agar tidak ketinggalan.Bagaimanapun, seandainya tiada reformasi secara menyeluruh dalam UMNO, maka mustahil juga untuk MCA mentransformasikan dirinya dalam struktur yang sedemikian.Jikalau parti politik enggan berubah, maka tiada ruang untuk reformasi.  Persoalan yang berbangkit termasuklah:-A. Apa makna sebenar \"transformasi\" yang diinginkan, dan apakah hasil transformasi?B. Bagaimana \"transformasi\" dijalankan dengan bayaran harga yang terendah, dan apakah transformasi mampu dijalankan dengan lancar pada peringkat ini?C. Apakah kunci untuk melaksanakan transformasi?D. Kes perbandingan.UMNO: Bagaimana UMNO mengikis politik perkauman?PAS: Bagaimana PAS membebaskan diri dari belenggu konservatif?Yang berikut adalah butiran forum:Tarikh:17 Jun 2011, Jumaat, jam 8 malamTajuk:Cabaran Transformasi Parti Politik : Ke arah Pertengahan dalam KemajmukanTempat:KL & Selangor Chinese Assembly HallPenganjur:Civil Rights Committee, KLSCAHPanelis:1. Husam Musa - Naib-Presiden PAS2. Lee Ban Chen - Pengkritik politik, Kolumnis3. Wong Chin Huat - Penyelidik Politik, Naib-Presiden CRC-KLSCAHModerator: Ng Yap Hwa - Ahli Komiti CRC-KLSCAHBahasa Pengantar: Bahasa MelayuKemasukan adalah percuma, semua dijemput hadir.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat KLSCAH 03-22746645.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.416061 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list