View: 121|Reply: 0
|
XOX Bhd tawar khidmat lebih fleksibel untuk korporat
[Copy link]
|
|
XOX Bhd, pengendali rangkaian maya mudah alih akan menumpukan kepada sektor korporat menerusi pelancaran pelan perkhidmatan mudah alih bernilai tambah baru pada separuh kedua tahun ini.\rKetua Eksekutifnya, Ng Kok Heng, berkata syarikat merancang untuk menawarkan perkhidmatan lebih fleksibel bagi memenuhi keperluan korporat, termasuk kadar langganan korporat untuk semua panggilan yang dibuat oleh pekerja kepada pelanggan ketika waktu bekerja.\r\n\n\n\n\r “Inilah masa sesuai untuk mengembangkan pasaran telekomunikasi berdasarkan data pelanggan yang besar termasuk sektor korporat. \r\r\n\n\n\n\n “Inisiatif itu akan membantu korporat mengurangkan kos operasi, tanpa mengganggu produktiviti pekerja,” katanya pada sidang media selepas penyenaraian syarikat pada pasaran ACE, di Bursa Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.\rKok Heng berkata, syarikat akan membuka dua lagi pusat servis dengan pelaburan kira-kira RM200,000 setiap satu, di Kuching, Sarawak dan Johor Bahru, justeru meningkatkan jumlah keseluruhan pusat servisnya kepada 10 menjelang akhir tahun.\r“Langkah itu bertujuan meningkatkan asas pelanggan kepada 1.5 juta menjelang akhir tahun selepas mempunyai lebih 470,000 pelanggan menerusi lapan pusat perkhidmatan di seluruh negara setakat ini,” katanya.\rBagaimanapun, sesi dagangan sulung saham XOX mencatatkan diskaun tujuh sen atau 8.75 peratus selepas harganya susut ke paras 73 sen sesaham berbanding harga rujukannya 80 sen dengan AmInvestment Bank Bhd menjadi penasihat utama, ejen penempatan saham dan penaja jamin bersama SJ Securities Sdn Bhd bagi pelaksanaan Tawaran Awam Permulaan (IPO) syarikat itu.\r\n\n\n\n\rPada akhir sesi dagangan petang semalam, ia ditutup lebih rendah pada 52 sen, susut 28 sen atau 35 peratus berbanding harga rujukannya 80 sen sesaham dengan 318,176 saham bertukar tangan. \rWalaupun prestasi yang dicatatkan kurang memberangsangkan, Kok Heng berkata, ia berlaku disebabkan sentimen tidak menentu pasaran saham semasa, namun pihaknya menjangkakan prestasi lebih baik pada masa akan datang.\rXOX menyasarkan untuk meraih modal sehingga RM37.4 juta hasil daripada pelaksanaan IPO membabitkan tawaran jualan 46.8 juta saham biasa dengan harga 80 sen sesaham.\rBeliau berkata, keseluruhan modal yang diperoleh itu, RM23.2 juta akan digunakan untuk modal kerja, RM6.2 juta untuk perbelanjaan modal, manakala selebihnya digunakan kos penyenaraian.\r“Daripada jumlah saham yang ditawarkan, 29.8 juta diperuntukkan bagi penempatan persendirian kepada pelabur terpilih manakala 9.5 juta diperuntukkan untuk permohonan pengarah, kakitangan dan sekutu perniagaan XOX yang layak dan 7.5 juta lagi diperuntukkan kepada orang ramai, ” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|