CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

Kerenah birokrasi sukarkan guru sambung PhD

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SAYA bersetuju dengan pendapat ‘Guru sabar menunggu, Bidor, Perak’ yang disiarkan dalam ruangan ini pada Rabu, 8 Jun. Masalah guru tidak mendapat bantuan tajaan atau biasiswa bagi melanjutkan pengajian pada peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) memang banyak berlaku. \rSepatutnya dalam situasi ini,  guru wajar  diberi perhatian dan  keutamaan untuk  melanjutkan pelajaran kerana mereka berada dalam bidang pendidikan. Malangnya, kerenah birokrasi yang menyusahkan    sering membantutkan hasrat mereka.\r\n\n\n\n\r  Prosedur temuduga bagi cuti bergaji penuh perlu dilihat dan dinilai semula rasionalnya bagi memudahkan guru, bukannya menekan mereka. \r\r\n\n\n\n\nFaktor kewangan adalah perkara kedua tetapi masa yang banyak diperlukan bagi menjalankan setiap penyelidikan yang merumitkan jika guru melanjutkan PhD secara sambilan.\rPelajar dari sektor swasta dan orang perseorangan mendapat kemudahan melalui program MyMaster dan MyPhD yang mendapat sokongan  kerajaan sepenuhnya.\rRamai guru yang mempunyai kelulusan sarjana di sekolah tidak dimanfaat sepenuhnya. Akhirnya kepakaran mereka menjadi sia-sia saja. Pihak kementerian perlu memandang serius hal ini jika ingin memartabatkan profesion perguruan.\rGuru yang mempunyai sarjana dan PhD perlu diberi lebih keistimewaan untuk memohon sebagai pensyarah di institusi pengajian tinggi lain. \r\n\n\n\n\rGuru terpaksa menunggu lama untuk  dinaikkan ke gred DG44 untuk melayakkan diri ke maktab perguruan sebagai pensyarah. \rPengalaman mengajar yang lama tidak memberi banyak kelebihan banyak berbanding dengan mereka di luar sektor pendidikan.\rPihak kerajaan juga perlu lebih bersikap terbuka terhadap guru yang ingin memohon jawatan lebih tinggi dengan memberi sokongan sepenuhnya.\rTambahan pula guru berijazah di sekolah rendah dinafikan hak mereka untuk memohon jawatan Penolong Kanan dan Guru Besar atas alasan sistem sedia ada ditetapkan begitu sedangkan kita sendiri yang membuat sistem berkenaan dan sudah sampai masanya diubah mengikut peredaran masa selain memberi peluang kepada guru yang berkelayakan memegang jawatan berkenaan. \rGURU LAMA,\rJitra, Kedah.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.057584 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list