CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

TNB labur RM5j bagi setiap loji mini hidro baru

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
TENAGA Nasional Bhd (TNB) perlu melabur lebih RM5 juta untuk membina sebuah loji mini hidro baru dalam usahanya menggantikan sumber tenaga sedia ada yang menggunakan bahan bakar khususnya arang batu kepada sumber tenaga boleh diperbaharui.\rKos berkenaan bagaimanapun bergantung kepada lokasi dan keadaan geografi setiap kawasan, tetapi ia lebih praktikal dibandingkan kebergantungan berterusan kepada sumber bahan bakar iaitu arang baru yang harganya semakin melambung.\r\n\n\n\n\r  Setakat ini, TNB mempunyai 36 loji mini hidro yang mana menghasilkan sembilan megawatt (mw), namun hanya 21 beroperasi, manakala 15 lagi sedang dalam pemulihan semula.\r\r\n\n\n\n\n  Keperluan kepada loji mini hidro semakin ketara selepas TNB memulakan pemuliharaan semula tapak mini hidro sejak beberapa tahun lalu sebagai \rsebahagian daripada usaha merealisasikan hasrat menghasilkan tenaga daripada mini hidro sebanyak 290 mw menjelang 2015. \rLangkah itu bukan hanya membantu syarikat utiliti itu mengurangkan kos penjanaan kuasa dan pengeluaran karbon dioksida, malah mampu mempercepatkan hasrat kerajaan untuk bergerak ke arah penggunaan tenaga hijau.\rLoji mini hidro juga tidak memerlukan empangan untuk menyimpan air, sebaliknya sumber air diperoleh daripada air terjun sebelum disalurkan menerusi paip sepanjang kira-kira 1.65 kilometer yang dihubungkan ke loji kuasanya. \rLawatan media ke Pulau Tioman, Pahang baru-baru ini yang mana sumber tenaga menerusi loji mini hidro dipraktikkan pulau terbabit membuktikan kaedah penggunaan teknologi sumber diperbaharui itu mampu menjana tenaga secukupnya.\rSempena lawatan itu, pengamal media berpeluang melawat stesen kuasa mini hidro Sungai Mentawak yang dibina pada 1992 dengan kapasiti 0.5 mw.\rJurutera TNB Energy Services Sdn Bhd, Khirul Nizam Shamsudin, ketika sesi penerangan dalam lawatan itu, berkata data tahun lalu menunjukkan loji terbabit menjana 1.46 juta kilowatt sejam sekali gus membantu mengurangkan kos bahan bakar iaitu diesel sebanyak RM864,698.\r“Kelebihan loji mini hidro ialah kuasanya boleh dijanakan untuk setiap permintaan dengan menguruskan aliran air sungai dan ia mengurangkan pembaziran tenaga,” katanya.\rSehingga kini, TNB mengendalikan loji kuasa diesel di Tioman dengan kapasiti 6.3 mw.\rTahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Che Khalib Mohamad dilaporkan berkata loji mini hidro seharusnya dimajukan untuk melengkapkan permintaan elektrik pada masa depan.\rSelain memperkasakan mini hidro menjelang 2015, TNB turut berhasrat menghasilkan tenaga daripada biomas kepada 330 mw, sisa pepejal (200 mw), biogas (100 mw) dan solar photovoltaic (65 mw).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.037577 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list