CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Pengorbanan ke jalan Islam dijanji kebahagian abadi

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Kehidupan lebih indah pilih agama jadi panduan hidup\rBERKORBAN apa saja, harta ataupun nyawa. Itulah bait lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang terus disebut setiap kali kisah pengorbanan atau yang membabitkan perasaan cinta dibangkitkan. Namun hakikatnya, bukan mudah untuk melakukan pengorbanan.\r\n\n\n\n\rPengorbanan selalunya memerlukan kita melepaskan apa yang kita suka. Itulah yang dikatakan berkorban, memberi sesuatu yang kita sayangi demi kepentingan atau kebahagiaan orang lain yang hakikatnya lebih memerlukan daripada kita.\r\r\n\n\n\n\nSaya sendiri, berkorban masa di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah demi memastikan pesakit yang turut berkorban masa, tenaga dan cuti (bagi yang bekerja) mendapatkan rawatan. Semua itu bagi saya pengorbanan yang berbaloi, terutama apabila usaha kami yang disertakan doa dan tawakal dimakbulkan Allah.\rBegitu juga perubahan yang berlaku pada diri saya yang pernah berkecimpung dalam dunia lakonan dan kini terbabit dalam perubatan Islam, juga memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Maklumlah, meninggalkan apa yang saya suka dan sayang, bukan mudah.\rSaya boleh saja meneruskan minat itu jika saya mahu tetapi pada hemat saya, buat masa ini lakonan bukan keutamaan kerana ilmu yang dipelajari dan dikurniakan Allah ini lebih sesuai untuk membantu masyarakat yang berdepan kesusahan serta dugaan besar dari Allah.\rTipu jika saya kata saya tidak mahu berlakon lagi kerana ada masa hati memang merindui saat berada di lokasi dan bersantai bersama rakan lain. Namun, buat masa ini saya perlu mengorbankan minat itu untuk berbakti kepada Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah. Saya yakin masih ada peluang dan ruang saya meneruskan minat dalam bidang lakonan di masa depan.\r\n\n\n\n\rTidak dinafikan ada juga yang takut melakukan pengorbanan kerana takut apa yang menanti di depan tidak seperti yang diharapkan. Satu perlu kita ingat, niat yang suci dengan kesungguhan tidak berbelah bagi, selalunya hasilnya tidak akan menghampakan. Tetapi jika apa yang kita hajatkan tidak kesampaian, berfikir secara positif dan hati terbuka, bahawa perkara kita inginkan itu sebenarnya bukan yang terbaik untuk kita.\rBerkata memang mudah dan di sinilah keyakinan memainkan peranannya. Saya juga berdepan dengan mainan perasaan apakah keputusan saya meninggalkan dunia lakonan dan berkecimpung dalam bidang perubatan berasaskan ayat al-Quran adalah pilihan yang terbaik? Alhamdulillah, berkat kesungguhan, minat serta pengorbanan, saya puas dengan hasilnya.\rPenerimaan orang terhadap saya sekarang berbeza, pusat perubatan terus dikunjungi mereka yang ingin mendapat rawatan menggunakan ayat al-Quran, rezeki tidak putus dan saya berasakan hidup lebih tenang serta penuh bermakna kerana dapat berbakti kepada masyarakat. Semua ini dilakukan kerana Allah.\rKegembiraan bagi saya apabila pesakit yang datang berkongsi pengalaman serta perubahan hidup mereka. Ada yang dulu jauh dengan Allah, kini sudah mendekatkan diri dengan Penciptanya, tidak pandai baca al-Quran sudah boleh membaca dengan lancar. Jika mereka gembira bercerita, saya paling gembira mendengarnya.\rJika ditanya apakah pengorbanan saya berbaloi, tanpa ragu saya akan menjawab: “Ya.” Justeru percayalah, pengorbanan selalunya akan menghasilkan perkara yang lebih baik yang kita tidak pernah sangka. Oleh itu, jangan takut hilang sesuatu yang kita suka khususnya demi mencapai keredaan Allah kerana hasilnya memang ‘berbaloi-baloi.’\rMungkin ada di luar sana yang hatinya masih berbelah bagi untuk melakukan pengorbanan tidak kira dalam apa juga perkara. Jika faedahnya lebih besar, mereka yang mendapat keuntungan juga lebih ramai boleh membawa perubahan bermakna, jangan ragu untuk berkorban. Mungkin pada pandangan mata kita akan rasa rugi tetapi manfaat jiwa serta rohani, hanya kita saja yang akan merasainya keuntungannya. \rTetapi bagi yang sedang berfikir untuk mengorbankan keseronokan melakukan perkara menyimpang ajaran agama, jangan berfikir panjang, lakukan penghijrahan secepat mungkin. Kehidupan lebih indah dan bermakna apabila menjadikan agama sebagai cara hidup. \rKetika ini, saya bersama 90 ahli rombongan berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah dan menjalankan proses rawatan. Semoga kami mendapat umrah yang mabrur, kesihatan diharapkan dan semoga doa kami dimakbulkan Allah.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.405326 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list