CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Teknik BioNexus ternak udang mesra alam

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SYARIKAT penternakan udang bersepadu tempatan, JEFI Aquatech Resources Sdn Bhd akan memperkenalkan teknologi penternakan udang berteknologi tinggi ke Malaysia yang bakal menjadikan negara ini pengeluar udang terbesar bagi pasaran halal global.\rJEFI, yang berpusat di Pulau Pinang membangunkan teknologi itu yang diberikan status BioNexus, khusus untuk penternakan udang secara mesra alam sekitar.\r\n\n\n\n\r  Bagi mengukuhkan lagi perniagaannya, JEFI  akan melabur RM375 juta dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membangunkan Pusat AquaTech di Pulau Pinang yang dijangka beroperasi pada April tahun depan dan ladang AquaTech bagi tujuan penternakan udang di seluruh negara.\r\r\n\n\n\n\n  Ketua Eksekutifnya, BJ Tan, berkata pelaburan itu adalah sebahagian daripada pelan pengembangannya di tengah-tengah peningkatan permintaan di China, Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat (AS).\r“Pelaburan bernilai RM375 juta itu akan mewujudkan 800 hektar ladang udang di seluruh negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman perkembangan terkini Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur, semalam.\rTan berkata, Pusat AquaTech itu terdiri daripada pejabat korporat, sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan, sebuah pusat latihan, ladang pemprosesan udang dan gudang.\rPembinaan kompleks berkenaan dijangka selesai menjelang April tahun depan, katanya.\r\n\n\n\n\rSementara itu, katanya ladang AquaTech pula akan terdiri daripada pusat penetasan dan akan dilengkapi peralatan ternakan udang, sistem prosedur operasi standard canggih serta sistem pemantauan.\r“Kami telah mengenal pasti dan mengesahkan tanah akuakultur negeri bagi ternakan udang dan sedang memuktamadkan rancangan itu dengan kerajaan negeri,\" katanya sambil menambah operasi kolam terbabit akan dikendalikan usahawan kontrak yang akan dilantik di kalangan penduduk di kawasan yang terbabit.\rTan berkata, setiap usahawan akan disediakan dengan kolam untuk menternak udang di bawah pengawasan JEFI, yang dipandu oleh prosedur operasi, amalan terbaik, pemantauan dan latihan.\rJEFI akan turut menyediakan kontrak jangka panjang dan kontrak dijamin beli balik pada harga pasaran semasa kepada peserta program.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.066554 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list