CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

Sportage baru dilancar

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
NAZA Kia Malaysia akan melancarkan model Sportage baru 21 Jun ini dengan jangkaan harga sekitar RM140,000 seunit.\r“Kami yakin Sportage baru itu akan diterima baik pengguna di negara ini,” kata Ketua Eksekutifnya SM Nasarudin SM Nasimuddin dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.\r\n\n\n\n\r  Model Sportage baru itu menampilkan rupa bentuk lebih urban dengan bentuk badan lebih menarik berbanding model sebelumnya.\r\r\n\n\n\n\n  Ia juga menyediakan pemandu dengan tahap prestasi, kecekapan, keselesaan serta teknologi kenderaan terkini. \rSportage baru itu dilengkapi enjin petrol Thetha II 2.0 Kia yang cekap dari segi penggunaan bahan api dengan injap kembar boleh ubah berterusan (CVVT) yang menghasilkan kuasa yang lebih tinggi.\rAntara ciri mewahnya pula adalah transmisi automatik enam kelajuan, bumbung matahari yang besar dan panoramik. \rBagi kemudahan dan keselesaan pemandu, Sportage baru itu dilengkapi paparan kamera pandangan belakang, penyaman udara auto dua zon, Bluetooth, AUX, iPod dan sambungan USB serta penarafan Euro NCAP lima bintang. \r\n\n\n\n\rSportage baru itu adalah model ketiga yang diperkenalkan Naza Kia di Malaysia tahun ini selepas Forte 6-Speed dan Forte Koup.\rKetua Operasi Naza Kia Malaysia, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar, berkata Sportage baru yang akan diperkenalkan itu bakal mengubah landskap segmen SUV kompak di pasaran tempatan.\r“Sportage kini adalah kenderaan Kia kedua terlaris di dunia dengan sejumlah 128,948 unit dijual dalam lima bulan pertama tahun ini.” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.035213 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list