View: 213|Reply: 0
|
Sasar 500,000 penumpang sehari Sistem AFC
[Copy link]
|
|
Prasarana yakin pendapatan naik 15 peratus dengan sistem tiket automatik\rSYARIKAT Prasarana Negara Bhd (Prasarana) yakin bilangan penumpang bagi perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) laluan Ampang dan Kelana Jaya serta monorel akan meningkat kepada 500,000 pengguna sehari daripada sekitar 400,000 orang sehari sekarang apabila sistem Pungutan Tambang Automatik (AFC) di laluan berkenaan beroperasi November ini.\r\n\n\n\n\r Jumlah itu mewakili 25 peratus daripada pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang berikutan kemudahan baru bernilai RM115.2 juta yang disediakan Prasarana bagi menggantikan sistem pembelian tiket lama di kedua-dua perkhidmatan berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n Sistem AFC yang bermatlamat menyepadukan sistem tiket rel di semua perkhidmatan disediakan Prasarana itu membolehkan pengguna membeli hanya satu tiket untuk menggunakan mana-mana perkhidmatan LRT di 25 stesen aliran Ampang, 24 stesen aliran Kelana Jaya dan 11 stesen aliran monorel.\rPengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Shahril Mohktar, berkata berdasarkan jangkaan peningkatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan terbabit, kumpulan yakin pendapatannya akan meningkat hingga 15 peratus tahun depan, selepas sistem itu beroperasi lengkap.\r“Kami yakin jumlah penumpang perkhidmatan terbabit meningkat dengan ketara kerana sistem baru itu memberi kemudahan yang lebih selesa kepada pengguna,” katanya pada taklimat media mengenai perkembangan terkini sistem AFC di stesen LRT Bukit Jalil, semalam. \rSistem AFC dibangunkan konsortium firma tempatan, IRIS Corporation Bhd dengan syarikat berpangkalan di Sepanyol, Indra Systemas AS (INDRA) menerusi tender yang diperoleh pada April 2010.\r\n\n\n\n\rKonsortium itu bertanggungjawab mereka bentuk, mengeluar, memasang, menguji, melaksana dan menjamin sistem pungutan tambang baru itu untuk perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang.\rShahril berkata, sistem AFC akan menggantikan sistem semasa yang menggunakan tiket magnetik boleh lupus dengan media baru iaitu kad pintar bagi pas perjalanan dengan nilai yang boleh disimpan dan token pintar bagi tiket perjalanan sehala atau pergi balik.\rKatanya, bagi menyokong pelaksanaan perkhidmatan itu, Prasarana akan memasang beberapa set sistem baru seperti pagar automatik, mesin jualan tiket, sistem komputer stesen dan sistem komputer berpusat di semua stesen terbabit.\r“Tiada lagi kesukaran untuk pengguna membeli tiket ketika menukar laluan, mereka tidak perlu lagi beratur untuk membeli dua atau tiga set tiket dan dengan hanya mendapatkan satu tiket saja mereka boleh melalui perjalanan lebih pantas serta selesa,” katanya.\rBeliau menambah, Prasarana merancang melaksanakan sistem berkenaan dengan perkhidmatan bas RapidKL dikendalikannya serta perkhidmatan KTM Komuter pada 2013, selain merancang menggunakan sistem serupa untuk laluan sambungan LRT baru serta perkhidmatan transit aliran massa (MRT) apabila siap kelak.\rShahril berkata, sistem baru itu juga membolehkan pengguna membeli dan menambah nilai tiket masing-masing secara dalam talian, manakala Prasarana akan mula memperkenalkan mata ganjaran kesetiaan kepada penggunanya.\r“Setakat ini, sistem itu sudah dipasang di empat stesen iaitu Taman Paramount dan Abdullah Hukum bagi aliran kelana Jaya serta Sultan Ismail dan Bukit Jalil bagi aliran Ampang. Ia berjalan mengikut jadual dan kini sudah 62 peratus disiapkan,” katanya.\rMengenai kemungkinan akan terdapat kenaikan harga tiket berikutan pemasangan sistem baru itu, beliau berkata Prasarana perlu mendapatkan semula pelaburannya itu tetapi keputusan akhir akan dibuat kerajaan.\r“Kami sudah melabur ratusan juta ringgit bukan hanya untuk sistem ini. Kami perlu mencari beberapa jalan untuk mendapatkan semula pelaburan itu,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|