CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Eversendai yakin raih kontrak RM1.5 bilion

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Rundingan projek di Asia Barat, India, Asia Tenggara\rEVERSENDAI Corporation Bhd, syarikat kejuruteraan dan pembinaan struktur keluli yang sinonim dengan mercu tanda hotel tujuh bintang Burj Al Arab di Dubai dan Menara Berkembar Petronas 2, yakin meraih kontrak berjumlah sehingga RM1.5 bilion tahun ini.\r\n\n\n\n\r  Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Datuk AK Nathan, berkata kontrak itu adalah bagi kerja pembinaan struktur keluli serta jana kuasa di Asia Barat, India dan Asia Tenggara.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami sedang berunding bagi mendapatkan kontrak berkenaan. Lazimnya, semua projek yang diperoleh kumpulan berdasarkan permintaan dan bukan menerusi bida terbuka. \r“Berdasarkan rekod pencapaian syarikat sebelum ini, bukan satu masalah untuk meraih projek bernilai antara RM1 bilion hingga RM1.5 bilion tahun ini.\r“Bukti kelayakan kami boleh dilihat pada banyak bangunan ikonik dunia antaranya Burj Al Arab dan  Burj Khalifa di Dubai, Trump Tower di Mumbai, Capital Gate  di Abu Dhabi serta Menara Berkembar Petronas 2,” katanya pada pelancaran prospektus tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraian syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Sri Mustapa Mohamed; Utusan Khas Infrastruktur ke India dan Selatan Asia, Datuk Sri S Samy Vellu serta  Presiden yang juga Ketua Eksekutif Malayan Banking Bhd, Datuk Sri Wahid Omar.\r\n\n\n\n\rKontrak semasa Eversendai setakat 16 Mei lalu berjumlah RM1.4 bilion.\rNathan juga berkata, Eversendai yang selama ini lebih dikenali sebagai pembina infrastruktur keluli, berhasrat menjadi kontraktor utama untuk projek terpilih pada masa depan, khususnya yang berkaitan infrastruktur dan pembinaan bangunan pencakar langit.\rSementara itu, sempena penyenaraiannya di Papan Utama Bursa Malaysia awal bulan depan, Eversendai membuat IPO 232.190 juta saham biasa bernilai 50 sen seunit mewakili 30 peratus daripada modal berbayarnya.\rDaripada jumlah itu, 160.7 juta adalah saham baru ditawarkan kepada pelabur institusi dan terpilih pada harga institusi yang akan ditentukan melalui binaan bida.\rKumpulan itu juga membuat tawaran untuk jualan 71.490 juta saham sedia ada yang mana 41.34 juta diperuntukkan kepada pelabur institusi terpilih pada harga institusi, manakala baki 30.15 juta lagi ditawarkan kepada orang awam, pengarah dan kakitangan Eversendai dan anak syarikat yang layak.\rHarga tawaran bagi pelabur runcit adalah RM1.70 sesaham, manakala bagi peruntukan pelabur institusi, ia akan ditetapkan menerusi proses bidaan.\rNathan berkata, Eversendai menyasar menjana sehingga RM273.19 juta daripada IPO itu, yang mana RM126 juta akan digunakan sebagai perbelanjaan modal, RM80 juta bagi mengembangkan perniagaan, RM58.39 juta untuk modal kerja, dan bakinya perbelanjaan penyenaraian.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039630 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list