CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Doktor halau PM Britain, timbalan dari wad

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
LONDON: Perdana Menteri David Cameron dan timbalannya Nick Clegg mengunjungi sebuah hospital kelmarin untuk mengambil gambar bersama pesakit selepas mengumumkan perubahan besar kepada perkhidmatan kesihatan negara itu.\rNamun, kedua-dua pemimpin itu yang diiringi wartawan dan jurugambar tidak menjangka reaksi seorang doktor kanan terhadap kunjungan berkenaan.\r\n\n\n\n\r“Mohon maaf, saya  pakar bedah ortopedik kanan di jabatan ini dan kenapa kami diarah bergerak ke sana dan ke sini dan kenapa mereka ini (jurugambar dan wartawan) berada dalam wad ini,” kata Dr Divid Nunn dari Hospital St Guy, mengejutkan Cameron dan Clegg yang ketika itu sedang bersembang dengan pesakit sambil diperhatikan wartawan dan jurugambar.\r\r\n\n\n\n\nAkhbar Britain The Daily Mail melaporkan Perdana menteri itu kelihatan keliru dan pembantunya segera berusaha meredakan keadaan.\rDr Nunn dibawa keluar wad itu dan kedengaran beliau memberitahu pembantu Cameron bahawa beliau serius dengan apa yang dikatakannya tadi.\rCameron bersetuju dengan doktor itu dan meninggalkan wad berkenaan.\rKetika wartawan dan jurugambar beredar meninggalkan wad berkenaan, Dr Nunn memberitahu mereka bahawa beliau tidak boleh terima kehadiran mereka dalam wad itu. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.057732 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list