CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Jutawan pornografi tawar Weiner kerja

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Kesal  ahli Kongres AS letak jawatan kerana mesej seks\rLOS ANGELES: Jutawan pornografi terkenal Amerika Syarikat, Larry Flynt, menawarkan kerja kepada ahli parti Demokrat  Amerika Syarikat, Anthony Weiner, selepas anggota Kongres dari New York itu meletak jawatan berhubung satu skandal ‘mesej seks’ kepada beberapa wanita.\r\n\n\n\n\r   Pengasas majalah dewasa Hustler, Flynt berkata beliau sedia membayar gaji Weiner yang menghantar gambar  kemaluannya kepada beberapa wanita menerusi Twitter, malah menawarkan 20 peratus lebih tinggi berbanding ketika Weiner menjadi ahli Kongres.\r\r\n\n\n\n\n   “Selepas mendapat tahu anda meletak jawatan secara tiba-tiba dan atas dasar terpaksa daripada jawatan ahli Kongres, saya menawarkan pekerjaan kepada anda di bahagian internet Flynt Management Group, LLC.\r“Tawaran ini bukan satu gurauan. Bagi menunjukkan keikhlasan kami, Flynt Management Group, LLC bersedia membayar gaji 20 peratus lebih tinggi daripada gaji anggota Kongres,” kata Flynt sambil berjanji membayar perlindungan perubatan dan kos perpindahan.\rFlynt juga berkata: “Saya merasakan bahawa peletakan jawatan anda yang tidak wajar adalah contoh utama tekanan politik tidak berasas dan hipokrasi yang menguasai demokrasi di Washington DC.\r“Sama seperti kami tidak melakukan kempen politik tidak ikhlas, kami juga tidak membuat tawaran kerja yang tidak ikhlas,” kata Flynt dalam sepucuk surat kepada We iner, diterbitkan laman web berita selebriti TMZ.\r\n\n\n\n\rAnggota Kongres berusia 46 tahun itu, yang sehingga kini dilihat sebagai calon utama Datuk Bandar New York, meletak jawatan selepas mengakui menghantar mesej seks kepada enam wanita.\rSeorang wanita yang terbabit dalam skandal berkenaan, bekas aktres lucah, Ginger Lee, menyambut baik keputusan peletakan jawatan Weiner.\r“Saya gembira dengan keputusan beliau untuk meletak jawatan. Selepas tiga minggu lalu dan semua  yang berlaku sebelum itu, saya fikir beliau membuat keputusan paling bijak dan  wajar untuk diri, keluarganya dan semua  yang terbabit dalam skandal ini,” katanya.\r“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya dan berharap rawatan yang diterimanya dapat membantunya mengawal keinginannya dan membuat pertimbangan lebih baik untuk masa depan,” beliau menambah dalam satu kenyataan. –  AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.378190 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list