CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 113|Reply: 0

Persoalan Agama: Berkahwin bukan bermakna kena jadi hamba keluarga

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SAYA akan mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita pilihan tidak lama lagi. Cuma yang menjadi persoalan, saya pernah mendengar seorang ustaz mengatakan bahawa isteri tidak wajib berkhidmat untuk suami. Suamilah yang  kena menguruskan rumah tangga, nafkah dan sebagainya. Benarkah pendapat itu? Jika begitu isteri goyang kaki, manakala suami seolah-olah macam hamba. Harap dapat penjelasan.\rBakal suami, \r\n\n\n\nKedah.\r\rAlhamdulillah, wassolatu wassalam ‘ala rasulillah.\r\n\n\n\n\n\rAllah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 34 bermaksud: “Golongan lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita.”\rPandangan yang saudara kemukakan itu adalah pandangan sebahagian ulama fekah dan tidak semua pandangan mereka benar 100 peratus. Bahkan pandangan kalangan mujtahid ini boleh jadi benar dan boleh jadi salah. Maka sesiapa yang benar dalam ijtihadnya dia akan mendapat dua pahala, dan sesiapa yang tersalah, maka dia akan mendapat satu pahala. Imam Malik RHM berkata: “Perkataan seseorang boleh diambil dan boleh ditinggalkan (ditolak) kecuali Nabi SAW.”\rMengikut sebahagian ulama lain berpandangan bahawa urusan rumah dan mengurus anak diserahkan kepada wanita. Dalilnya seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 228 mengenai isteri yang bermaksud: “Dan mereka (wanita) mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf (maklum).”\rMaksud al-Makruf dalam firman Allah SWT tadi ialah berkhidmat kepada suami. Pandangan mengenai membuat isteri bersenang-senang sementara lelaki melaksanakan urusan rumah tangga seperti menyapu, memasak, membasuh dan lain-lain bukanlah perkara yang makruf khususnya lelaki bekerja membanting tulang di luar rumah. Maka yang adil, sewajarnya wanita berperanan melaksanakan tugas-tugas rumah.\rSesungguhnya setiap hak itu mestilah seimbang dengan kewajipan. Allah SWT sudah menugaskan suami untuk memenuhi hak-hak isterinya seperti belanja, pakaian, tempat tinggal dan makan, maka sewajarnya isteri melaksanakan tugas  yang seimbang dengan hak-hak yang dikorbankan suami kepadanya sebagai balasan dari pengorbanannya. \rAdapun pendapat yang mengatakan bahawa mahar dan nafkah dibebankan ke bahu suami sebagai balasan daripada kelazatan yang diperolehnya daripada wanita ialah pendapat yang kurang tepat kerana kelazatan itu sama-sama dirasakan suami isteri.\rIbnu al-Qayyim RHM berkata dalam kitab al-Huda: “Sesungguhnya akad yang mutlak dihukum sesuai menurut kebiasaan. Justeru menurut kebiasaannya, wanitalah yang perlu berkhidmat kepada suami bagi melaksanakan tugas rumah. Kemudian Ibnu al-Qayyim menyebut firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.”\rOleh itu, jika wanita tidak berkhidmat kepada lelaki, malah lelaki yang perlu berkhidmat kepadanya, bererti wanitalah yang menjadi pemimpin bukannya lelaki. \rMari kita amati bagaimana isteri-isteri sahabat melayan suami. Sebagai contoh Asma’ Abu Bakar berkata mengenai bagaimana beliau melayan Zubair RA, iaitu: “Saya melayan Zubair (suaminya) dan melaksanakan semua urusan rumah. Di samping itu, dia memiliki kuda, maka sayalah yang melatihnya, memberi kudanya rumput dan mengurusnya.”\rFatimah al-Zahra,’ penghulu semua wanita turut serta berkhidmat kepada Ali dan melaksanakan urusan rumahnya seperti membuat tepung, mengadun, membuat  roti dan menggiling. Dia dan suaminya pernah mengadu mengenai tugas mereka. Rasulullah SAW memutuskan supaya Fatimah berperanan melakukan tugas  dalam (rumah) manakala Ali berperanan melakukan tugas luar. \rIbnu Hubaib berkata: “Maksud tugas  dalam ialah membuat tepung, memasak, membentang tikar, menyapu rumah, mengambil air dan semua kerja rumah.”\rDemikianlah, wallahua’lam.\rINFO\rSebarang kemusykilan sila hantarkan soalan ringkas menerusi e-mel [email protected] atau melalui pos di  alamat Berita Minggu, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.039896 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list