CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Sukar tidur jejas pasangan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Kajian dapati suami isteri payah   lelap  mata tunjuk kesan negatif\rMINNEAPOLIS: Apabila pasangan bergaduh, tidur mereka sering terjejas dan satu kajian terbaru membuktikan bahawa andaian itu adalah benar. Tidak kurang benarnya ialah sesiapa juga yang berpasangan dan tidak mendapat tidur yang cukup akan menjejaskan hubungan.\r\n\n\n\n\r   Kajian yang dibentangkan dalam persidangan SLEEP 2011 di Minneapolis mendapati, isteri yang berdepan dengan masalah untuk tidur sering kali melaporkan interaksi negatif dengan pasangan mereka pada hari berikutnya.\r\r\n\n\n\n\n   Suami juga terjejas, menjadikan interaksi pasangan terbabit kurang positif pada waktu siang selepas isteri mereka resah dan bergerak ke kiri dan kanan di ranjang kerana masalah tidur.\r“Saya tidak fikir ia amat mengejutkan; saya rasa kita melihatnya sendiri,” kata Lauren Hale, pakar tidur dan profesor madya perubatan kawalan di Stony Brook School of Medicine di Stony Brook, New York.\rHale membuat kajian itu bagi WebMD, tetapi tidak terbabit dalam penyelidikan berkenaan. “Kebanyakan kita menyedari mengenai sebaliknya. Jika anda betul-betul tidak cukup rehat, anda akan menjejaskan orang lain.”\rKeputusan lain mendapati bahawa pasangan itu mungkin mengenali: Pada hari di mana suami melaporkan lebih banyak interaksi positif dengan isteri mereka, suami mendapat kurang tidur.\r\n\n\n\n\r“Masa tidur yang pendek sendiri tidak semestinya bermakna bahawa anda tidak cukup tidur,” kata penyelidik kajian, Wendy Troxel, pembantu profesor psikiatri di University of Pittsburgh.\r“Pasangan  mempunyai interaksi lebih positif ketika waktu siang mungkin akan terbabit  aktiviti lain di atas katil pada waktu malam,” katanya.\rBagi kajian itu, penyelidik mendapatkan 35 pasangan berkahwin sihat dan meminta mereka memakai alat  memantau pergerakan selama 10 malam. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.058740 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list