CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

Suu Kyi ‘bebas’ rai hari jadi ke-66

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
YANGON: Pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, menyambut hari jadinya ke-66 semalam, dan buat kali pertama sebagai seorang yang bebas dalam tempoh 10 tahun.\rBeliau dibebaskan daripada hukuman tahanan dalam rumah November lalu, dan menghabiskan tempoh itu sebagai tahanan dalam rumahnya sendiri, selepas rejim tentera enggan menerima kemenangan partinya Liga Kebangsaan untuk Demokrasi (NLD) pada 1990.\r\n\n\n\n\rPerkara pertama beliau lakukan pada hari jadinya sebagai manusia bebas ialah pergi ke lapangan terbang Yangon menyambut ketibaan anak bongsunya, Kim Aris yang datang dari Britain.\r\r\n\n\n\n\n“Saya amat gembira,” katanya  selepas menerima ciuman daripada Aris, sejurus tiba di lapangan terbang.\rAris, 33, dipertemukan dengan ibunya ketika mengunjungi Yangon November lalu, sejurus dibebaskan, selepas terpisah 10 tahun.\rMereka dijadual mengadakan pertemuan keluarga di rumah Suu Kyi sebelum  upacara keagamaan dan sambutan hari jadinya.\r“Harapan hari jadi saya supaya rakyat Myanmar menikmati keamanan. Saya tidak mampu membawa keamanan, begitu juga parti. Semua harus berusaha mendapatkannya,” katanya memberitahu  1,000 penyokong yang menyertai sambutan kelahirannya di ibu pejabat NLD semalam. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.034553 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list