CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Laman web guna nama syarikat

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pengawal internet benar firma pakai identiti sendiri mulai 2012SINGAPURA: Penyelenggara internet global semalam membenarkan pembentukan alamat halaman web yang berakhir dengan nama syarikat, bagi membolehkan firma besar menggantikan ‘.com’ dengan jenama mereka sendiri.\rInternet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN) mengundi bagi mendapat sokongan kepada cadangan berkenaan pada satu mesyuarat di Singapura walaupun adanya kebimbangan bahawa membuka halaman web dengan pengakhiran baru akan menyebabkan kekeliruan.\r\n\n\n\n\r   “Ini adalah perubahan besar kepada nama domain sejak pembentukan ‘.com’ kira-kira 26 tahun lalu,” kata Theo Hnarakis, Ketua eksekutif IT Digital Brand Services dari Melbourne, sebuah syarikat berpejabat di California yang menyediakan nasihat penjenamaan talian.\r\r\n\n\n\n\n   Di bawah perubahan itu, perniagaan tidak lagi akan terhad kepada senarai generic top level domains (gTLD) yang mengandungi .com, .net dan .org apabila mereka memohon untuk mendaftar sesebuah alamat halaman web.\rPemerhati industri berkata, gergasi global seperti Apple, Toyota dan BMW, sekadar menyebut contoh, bakal menjadi pelopor bagi pelancaran halaman web dengan nama domain mereka sendiri berakhir dengan ‘.apple’, ‘.toyota’ dan ‘.bmw’.\rHnarakis memberitahu, syarikat terbabit akan mendapat manfaat kerana kebanyakannya adalah ‘jenama besar dengan pemasaran jelas dan strategi pendidikan pengguna untuk mengeksploitasi nama terbabit bagi faedah lebih bersaing.\r“Jenama perlu bertindak sekarang jika mereka mahu memohon bagi satu daripada nama domain baru ini kerana ia tidak mudah untuk mendaftar sesebuah halaman .com. Ia adalah tugas sukar yang memerlukan pemikiran dan pelaburan,” katanya.\r\n\n\n\n\rLembaga ICANN mengundi 13-1 dalam menyokong perubahan itu dengan dua tidak hadir, kata jurucakap.  Ahli lembaga pengarah, Sebastien Bachollet, yang menyokong perubahan itu mengakui ‘ada orang rasa gTLD baru akan menyebabkan kekeliruan.”\r“Saya percaya kita mempunyai perkakasan untuk memastikan fasa tekanan itu adalah sementara,” katanya.\rICANN, sebuah badan bebas menguruskan alamat Sistem Nama Domain dan Protokol Internet yang menjadi tulang belakang teknikal Web, mengadakan mesyuarat global di Singapura minggu ini untuk membincangkan pelbagai masalah itu.\rPengurus komunikasi ICANN, Michele Jourdan berkata perbadanan akan mempunyai ‘kemungkinan baru untuk menstruktur kewujudan mereka secara online dan offline.” Tetapi ia tidak murah.\rIni bermakna, sesebuah syarikat perlukan AS$185,000 (RM550,000) hanya untuk memohon dan ada beberapa kriteria yang perlu dipatuhi sebelum ICANN akan memberi persetujuan bagi sesebuah firma untuk memiliki nama domain pilihan mereka.\rBayaran terbabit diperlukan untuk menampung kos dikaitkan dengan program baru gTLD dan untuk pastikan ia dibiayai penuh, kata ICANN.\rIa juga untuk menghalang pihak tertentu yang mahu menjual semula nama domain bagi mendapat keuntungan selepas membelinya dengan murah, satu masalah ketika awal kemunculan internet. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.056555 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list