CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Pemimpin pengacau belum tentu bersih

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
APA sebenarnya yang mereka inginkan? Sebuah negara aman dan tenteram. Rakyat berbilang kaum hidup bersama  mencari rezeki antara satu sama lain dan menjalankan ibadat tanpa sebarang gangguan? \rTetapi kenapa pula tiba-tiba muncul usaha mengadakan perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau yang mahu merosakkan semua apa yang dikecapi oleh rakyat di bumi bertuah ini dengan demonstrasi, rusuhan jalanan dan provokasi yang mengakibatkan kerosakan harta benda, kerugian peniaga semata-mata kerana inginkan negara lebih aman dan tenteram? \r\n\n\n\n\r  Berilah contoh kepada kita semua, apakah akibat negara yang mengadakan demonstrasi? Adakah negara terbabit semakin aman? Adakah negara berkenaan semakin makmur dan kehidupan menjadi lebih baik daripada sebelumnya? \r\r\n\n\n\n\n  Ada antara negara Islam yang tidak putus-putus dengan masalah demonstrasi sehinggakan kes sekecil kecurian kereta pun menyebabkan kehancuran satu pekan. \rDi Thailand kita melihat demonstrasi yang sampai sekarang tidak membawa apa-apa makna, melainkan penyesalan selama-lamanya.\rDi Malaysia, kelibat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lama membosankan untuk diperkatakan. Kini muncul watak baru, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang pernah diangkat menjadi hero Palestin.\rMotif kempen kumpulan pengacau ini tidak lebih daripada meraih perhatian kelibat wartawan antarabangsa yang sentiasa mencari peluang untuk memberikan imej buruk kepada negara Islam di mata dunia. Demonstrasi jalanan diambil sebagai isu untuk diketengahkan kepada dunia, khususnya Barat, seolah-olah tiada tempat yang selamat lagi di dunia Islam. \rTidak perlulah kita berkata  mereka sebenarnya mahukan keadilan, kebersihan dan ketelusan kerana mereka sendiri terutama pemimpin mereka belum tentu bersih.   \rSesungguhnya ada satu kelompok besar yang melihat isu ini sebagai tonik baru untuk menangguk di air  keruh. Perpecahan umat Islam  akan memberikan peluang amat besar bagi kelompok ini menjanjikan sesuatu yang jelas, akhirnya menjadikan Melayu merempat di bumi sendiri. Kalaulah anda boleh memahami maksud saya. Semoga Allah melindungi kita semua.\rPEMERHATI BEBAS,Kampung Kipaku, Tambunan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.034571 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list