View: 245|Reply: 0
|
SPA lulus pelarasan gaji jurulatih PLKN
[Copy link]
|
|
JABATAN Latihan Khidmat Negara (JLKN) ingin menjawab surat bertajuk ‘Jurulatih PLKN kesal sikap JPA’ oleh ‘Pembantu Kesatria’ dari Mentakab, Pahang yang disiarkan 14 Jun lalu. Kami ingin menjelaskan agensi yang menimbang dan meluluskan pelarasan gaji permulaan bagi pesara sebagai Pembantu Kesatria Gred S17 di JLKN adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan bukannya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).\rPihak JLKN juga sedang menyediakan dokumen untuk tujuan pembayaran dan dijangka selesai dalam tempoh terdekat.\r\n\n\n\n\r JLKN ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada SPA kerana prihatin terhadap kebajikan Jurulatih PLKN.\r\r\n\n\n\n\n Selaras dengan kelulusan ini, JLKN berharap semua Pembantu Kesatria akan terus memberikan komitmen tinggi kepada tugas masing-masing dalam PLKN.\rBAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT,Jabatan Latihan Khidmat Negara.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|