View: 236|Reply: 0
|
Er Teck Hwa: Peraturan tersembunyi dan penafian MOTOUR
[Copy link]
|
|
Kegiatan \"Abang Kawasan\" bukan rahsia lagi sekarang, seolah-olahnya kegiatan yang gelap ini secara tidak amnya telah diterima sebagai sesuatu \"peraturan tersembunyi\" yang sah. Pengutipan wang perlindungan oleh abang-abang kawasan memang kegiatan yang biasa dan tiada mangsa yang akan tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa. Ini adalah kerana ia melibatkan persoalan maruah diri, keselamatan dan mata pencarian. Sekarang \"peraturan tersembunyi\" sebegini turut melingkari situasi industri pemandu pelancong.Apabila Menteri Pelancongan (gambar kanan) menjawab ucapan penangguhan saya, beliau menyatakan bahawa tindakan tidak dapat diambil tanpa laporan rasmi gangguan seksual atau rogol. Walau bagaimanapun, kes sebegini telah dilaporkan oleh media. Apabila seseorang mangsa tidak mempertimbangkan bantuan daripada saluran kementerian tetapi memilih untuk mengetepikan maruah diri sendiri sebagai seorang wanita dan membicarakannya di depan mata dunia melalui media, jelas bahawa sesuatu yang tidak mengena telah berlaku di sini. Kenyataan ini jelas menunjukkan masalah serius yang sedang dihadapi oleh Kementerian Pelancongan, iaitu hilangnya kewibawaan di kalangan pemain industrinya.Menteri Pelancongan berpendapat bahawa kes ini tidak wujud kerana wanita tersebut menyerahkan kunci bilik kepada rakan sekerja lelakinya secara suka rela. Ulasan ini membawa implikasi yang amat negatif terhadap wanita tersebut. Adakah Menteri cuba menggambarkan bahawa ramai pekerja wanita industri ini bermoral rendah? Menurut Menteri, terdapat 724 laporan yang diterima oleh Kementeriannya, tiada satu pun yang membabitkan gangguan seksual dan rogol. Sekiranya laporan gangguan seksual sebanyak 20 kes yang diterima oleh MCTA dan MWGTA di dalam tiga tahun ini tidak wujud, maka adakah menteri berpendapat bahawa kedua-dua pihak ini telah berbohong.Seperti yang dinyatakan oleh Menteri bahawa isu berkaitan perkongsian bilik di antara pemandu bas dan para pekerja berkaitan pelancongan adalah termaktub di bawah pindaan Peraturan-peraturan Industri Pelancongan, Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi, Pengembaraan 1992. Menteri juga berkata, \"Kementerian ini tidak mempunyai kuasa untuk kes sebegini tetapi pihak kementerian akan membantu beliau untuk merujuk perkara ini kepada pihak polis.\"Adalah difahami bahawa peraturan-peraturan merupakan spesifikasi atau panduan semasa penguatkuasaan dilaksanakan oleh kementerian. Sekiranya kementerian \"tidak mempunyai kuasa\" dalam kes sebegini, mengapa pula kementerian mangadakan pindaan peraturan-peraturan tersebut pada permulaannya? Ini menunjukkan pindaan peraturan ini tidak mempunyai bidang kuasa yang jelas dan Kementerian tidak bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.Menteri juga menyatakan, \"Mana-mana kes sexual harassment atau rogol jikalau tidak dilaporkan, macam mana nak ambil tindakan?\" Adakah menteri faham bahawa pindaan dalam peraturan ini adalah untuk pencegahan dan bukan untuk sesuatu kes jenayah berlaku, baru hendak ambil tindakan. Kenyataan sebegitu telah menunjukkan kerajaan persekutuan tidak memahami peranan mereka dalam pemantauan dan pencegahan.Sesuatu peraturan atau undang-undang yang digubal terus menjadi tanggungjawab pihak Kementerian untuk memastikan ia dipatuhi. Seharusnya, pihak Kementerian pelancongan bukan sekadar duduk dan menunggu laporan sampai ke meja tetapi seharusnya menjalankan pemeriksaan mengejut terhadap perkara ini.Menteri merupakan orang yang tertinggi di hirarki Kementerian, sekiranya menteri gagal untuk memastikan pegawai menjalani tugas dengan baik dan gagal untuk mempertahankan kewibawaan kementerian, maka, beliau harus meletak jawatan. Jawapan Menteri pada sesi Parlimen lepas cuma merupakan satu penafian atau \"self-denial\", sikap angkuh dan tidak mengakui kesilapan amat ketara. Pernahkan Kementerian Pelancongan menyiasat kes ini secara ikhlas dan telus atau sekadar menutup pekung sendiri?Mangsa telah pun memberi kenyataan di Media bahawa pihak penyiasat hanya mengambil kenyataan bertandatangan sebanyak satu kali sahaja dan dua kali melalui perbualan telefon. Malah, dalam siasatan kali pertama, mangsa tidak dibenarkan di iringi oleh peguam. Siasatan begini yang dijalankan oleh Kementerian boleh dianggap sebagai siasatan sambil lewa dan tidak mempunyai kredibiliti kepada khalayak umum.Mangsa-mangsa yang terlibat kini telah hilang keyakinan untuk meminta bantuan Kementerian, sebaliknya memilih cara yang boleh mendatangkan kesan mendalam terhadap minda dan kehidupan diri sendiri, iaitu mendedahkan kejadian ini melalui media. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kredibiliti Kementerian Pelancongan telah terjejas, maka sebuah pasukan penyiasatan bebas atau Suruhanjaya Diraja patut ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.*Kenyataan media oleh Er Teck Hwa (gambar kiri) selaku ahli parlimen Bakri.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|