CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

44 maut pesawat terhempas

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Kapal terbang milik RusAir dipercayai gagal dikawal ketika kabus tebalST PETERSBURG: Sebuah pesawat penumpang terhempas dalam kabus tebal lewat kelmarin di lebuh raya barat laut Russia membunuh 44 orang, kata pegawai rasmi. Lapan orang terselamat dalam kemalangan itu.Pesawat Tu-134 milik syarikat penerbangan RusAir, dalam perjalanan dari Moscow ke bandar Petrozavodsk, jurucakap Kementerian Kecemasan, Olga Semyonova memberitahu Associated Press.\n\n\n\n  Seramai 44 orang terbunuh dalam nahas itu, manakala lapan terselamat termasuk kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun. Semua mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Petrozavodsk.\n\n\n\n\n  Semyonova berkata pesawat itu terhempas kira-kira satu kilometer dari landasan ketika mahu mendarat di lapangan terbang Petrozavodsk.Masih tidak jelas sama ada pesawat itu cuba mendarat di jalan atau terhempas di tempat itu, katanya.Petrozavodsk terletak di wilayah Karelia berdekatan sempadan Finland, kira-kira 400 kilometer barat laut Moscow.Pihak berkuasa tidak memberi penjelasan terkini mengenai kejadian itu tetapi agensi berita Interfax memetik pengarah lapangan terbang Alexei Kuzmitsky sebagai berkata ‘terdapat keadaan cuaca yang tidak baik’.\n\n\n\nAgensi berita Russia itu melaporkan ada juga masalah dengan lampu di  landasan.Gambar dalam laman web kementerian menunjukkan serpihan logam berterabur di jalan dengan kabus tebal menyelubungi hutan di belakang tempat kejadian. Pesawat itu membawa 52 orang termasuk sembilan anggota krew, kata Semyonova.  – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.046120 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list