View: 175|Reply: 0
|
PTAM yakin pertahan dua emas
[Copy link]
|
|
Timba ilmu Sukan SEA di luar negara termasuk Sukan Arafura AustraliaSEKALI PUN menyedari cabaran bakal dihadapi berbeza, namun Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) akan tetap berusaha mempertahankan dua pingat emas menjelang cabaran Sukan SEA 2011 di Indonesia, November ini.\rPresiden PTAM, Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad, berkata pihaknya sudah menyediakan barisan peninju berwibawa dan berpotensi menggalas cabaran bagi memastikan sasaran ditetapkan tercapai.\r\n\n\n\n\r Menurutnya, secara keseluruhan seramai lapan peninju disenaraikan, termasuk dua daripadanya peninju baru sedang membuat persiapan rapi bukan saja sekadar menjalani latihan dalam negara, malah turut mendapat pendedahan di kejohanan luar negara dengan yang terbaru di temasya Sukan Arafura di Australia.\r\r\n\n\n\n\n “Jika mengambil kira prestasi dipamerkan setakat ini, menunjukkan kemajuan memberangsangkan dan mereka berada pada landasan tepat menggalas cabaran negara di Sukan SEA nanti dan seterusnya merealisasikan sasaran kita mempertahankan dua emas dimenangi pada 2009.\r“Kita berharap prestasi peninju dapat ditingkatkan lagi demi memastikan reputasi pasukan dipertahankan pada temasya berprestij itu,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Tinju Piala Malaysia di Kompleks Sukan Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan, malam kelmarin.\rSetakat ini senarai peninju ke Sukan SEA 2011 membabitkan Mohd Farhan Mohd Haron bagi kategori 75 kilogram (kg) yang juga pemenang pingat emas Sukan Sea 2009 dalam kategori 69 kg selain Mohd Fuad Redzuan (49kg), Mohd Sabri Khamis (52kg), Mohd Khir Azlan Azli (60kg) dan Mohd Fairuz Azwan Abdullah (81kg) manakala dua lagi bagi kategori 56 kg dan 69 kg bakal diputuskan dalam tempoh terdekat.\rMohamad Isa berkata, pihaknya yakin skuad tinju negara bukan saja akan dapat mempertahankan emas itu malah mampu menambah bilangannya jika segala perancangan yang sudah disusun membuahkan hasil.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|