View: 127|Reply: 0
|
Sharapova pasang impian juarai Wimbledon
[Copy link]
|
|
LONDON: Bekas juara Maria Sharapova mengaku menjuarai Wimbledon buat kali kedua adalah cara terbaik untuk memadam memori pahit kecederaan yang membelenggu kariernya.\rSharapova dibelenggu pelbagai kecederaan sejak dua tahun lalu yang menyebabkan kedudukan rankingnya merosot hingga mencetuskan tanda tanya mengenai kemampuannya untuk bersaing merebut kejuaraan berprestij itu semula.\r\n\n\n\n\r Namun pemain 24 tahun dari Russia yang memiliki daya juang tinggi dan semangat kental untuk kembali ke tahap terbaiknya sudah mengatasi pelbagai masalah kecederaan yang melanda.\r\r\n\n\n\n\n Sharapova muncul juara kali pertama ketika berusia 17 tahun pada 2004, dan kini di tangga keenam ranking dunia selepas kemaraan ke separuh akhir Terbuka Perancis dan pilihan kelima itu bermula cemerlang dengan menyingkirkan rakan senegara, Anna Chakvetadze 6-2, 6-1, kelmarin.\rDianggap antara calon juara tahun ini, Sharapova mengakui menjadi impiannya untuk menjuarai mahkota Grand Slam itu sejak Terbuka Australia 2008.\r“Memang penting. Ia pasti satu pencapaian hebat. Tetapi saya kini gembira dapat bermain dan melakukan sesuatu yang saya cintai. Jelas, saya bernasib baik pernah merasai pengalaman menjulang trofi itu sebelum ini dan saya tahu bagaimana hebatnya perasaan itu.\r“Itulah yang sentiasa menjadi pendorong. Tetapi saya juga berpendapat jika mahukan sesuatu hingga tidak tidur lena, itulah yang akan anda lakukan. Saya rasa, hanya masa akan tentukan sama ada kesabaran dan kerja keras saya selama ini memberi hasilnya.” - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|