CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Itali desak Nato henti serang

[Copy link]
Post time 23-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kemusnahan di Libya tak gugat tindakan tentera setia kepada GaddafiROME: Itali semalam mendesak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menghentikan serangan udara terhadap Libya, dalam perkembangan dilihat menunjukkan tanda keretakan dalam pakatan 28 negara  berkenaan selepas kematian orang awam meningkat dan Muammar Gaddafi tidak menunjukkan sebarang petunjuk untuk berundur.\r“Kami sudah pun melihat kesan krisis ini dan juga kesan serangan Nato bukan saja di timur dan barat daya Libya, tetapi juga Tripoli,” kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini ketika berucap pada satu mesyuarat jawatankuasa Parlimen.\r\n\n\n\n\r“Saya percaya penggantungan segera serangan di atas alasan kemanusiaan diperlukan bagi memberi peluang bantuan diberikan, manakala rundingan diteruskan untuk diadakan gencatan senjata  ke arah mencari penyelesaian damai,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n“Saya berpendapat perkara ini perlu segera dilaksanakan,” kata Frattini.\r“Saya berasa agak tepat untuk meminta Nato memberi penjelasan terperinci berhubung hasil serangannya.”\rBeliau mengecam kesilapan menyerang orang awam sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan bukan  matlamat Nato.\rPerancis mengetuai operasi Nato itu yang dilaksanakan di bawah mandat resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  bagi membendung tentera setia kepada Gaddafi daripada menyerang orang awam.\rMenjawab desakan Itali itu, jurucakap Menteri Luar Perancis, Bernard Valero pula berkata: “Pakatan dan negara yang terbabit dalam pertemuan di Abu Dhabi dua minggu lalu menyetujui sebulat suara berhubung strategi untuk terus mengenakan tekanan terhadap Gaddafi.”\r“Sebarang penggantungan operasi mengundang risiko untuk memberi masa kepada Gaddafi  mengukuhkan semula kedudukannya. Akhirnya, penduduk awam juga akan menjadi mangsa,” katanya.\rWalaupun Nato meminta ahlinya bersatu dalam isu Libya, beberapa kejadian membayangkan keretakan sudah mula berlaku dengan Norway baru-baru ini memutuskan untuk menarik dari daripada operasi terhadap negara Arab-Afrika  itu.\rNato mengaku melakukan kesilapan dalam serangannya minggu lalu apabila 24 orang awam terbunuh, termasuk lima kanak-kanak dalam satu misi pengeboman terhadap Libya.\rPada 1 Jun lepas, Nato memutuskan untuk melanjutkan misinya terhadap Libya kepada tiga bulan lagi sehingga akhir September. –  AFP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.038733 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list