View: 162|Reply: 0
|
Villas-Boas cadang ambil Falcao, Moutinho, Neymar
[Copy link]
|
|
LONDON: Andre Villas-Boas membentangkan cadangan pembelian tiga pemain bernilai 80 juta pound (RM393.58 juta) apabila bakal menjadi pengurus Chelsea ketujuh dalam tempoh tujuh tahun di bawah pemilik Roman Abramovich.\rBekas pengurus Porto itu disahkan sebagai pengganti Carlo Ancelotti di Stamford Bridge dalam tempoh 24 jam ini selepas Chelsea membayar 13.3 juta pound (RM65.43 juta) sebagai syarat pelepasan buat pengurus 33 tahun itu daripada kelab juara Portugal itu.\r\n\n\n\n\r Warga Portugal itu yang menjadi pembantu ketika Jose Mourinho menjadi pengurus Chelsea, terbang ke London kelmarin selepas meleraikan ikatannya dengan Porto dan berharap dapat memujuk Abramovich untuk membeli penyerang Colombia, Radamel Falcao dan perancang Portugal, Joao Moutinho serta dua pemain lain.\r\r\n\n\n\n\n Chelsea juga hampir mendapatkan pemain remaja Brazil, Neymar dengan tawaran bernilai 40 juta pound (RM196.7 juta) selepas tamat aksi pemain itu dengan Santos dalam perlawanan kedua final Copa Libertadores menentang Penarol, malam ini.\rEjen Pini Zahavi terbang ke Sao Paulo bagi membantu Chelsea melengkapkan pembelian ke atas pemain Amerika Selatan itu selepas kelabnya, Santos menolak tawaran awal 30 juta pound (RM147.53 juta) bagi pemain berkenaan, dengan urus niaga dijangka dilengkapkan sebelum hujung minggu ini.\rVillas-Boas juga mahu membawa masuk sekurang-kurangnya dua kakitangan kejurulatihan untuk membantunya iaitu jurulatih fizikal, Jose Mario Rocha dan penilai strategi lawan, Daniel Sousa, walaupun Porto menamakan pembantunya, Vitor Pereira sebagai pengurus baru kelab itu.\rPresiden Porto, Pinta Da Costa enggan membincangkan mengenai pemergian Villas-Boas semalam tatkala Chelsea membuat satu pengumuman penting selepas Porto mengesahkan bayaran sebagai syarat pelepasan Villas-Boas sudah dijelaskan. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|