View: 153|Reply: 0
|
Lambaian London cetus keupayaan luar biasa
[Copy link]
|
|
Ia 40 minit paling panjang dalam karier saya sebagai pemain: Muslim TEMPOH 40 minit terakhir perlawanan antara skuad Olimpik kebangsaan dan Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin dirasakan cukup panjang buat bek tengah negara, Muslim Ahmad dan rakan sepasukannya sebelum mencatat kemenangan 2-1 yang melayakkan Malaysia beraksi di pusingan kelayakan terakhir Olimpik London.“Ia 40 minit paling panjang dalam karier saya sebagai pemain,” kata Muslim yang bergandingan dengan Fadhli Shas, Zubir Azmi dan Affize Faisal Mamat di benteng pertahanan dalam memastikan gawang negara tidak diancam jentera serangan Lubnan. Disiplin dipamerkan skuad kendalian Ong Kim Swee ketika mempertahankan kelebihan dua gol diperoleh pada babak pertama, cukup luar biasa walaupun terpaksa berkampung di kawasan sendiri sehingga tamat permainan.\n\n\n\n\nMenurut Muslim yang sebelum ini mengecap kejayaan bersama pasukan kebangsaan di dalam saingan Piala AFF Suzuki 2010, semangat membara dia dan rakan sepasukan untuk beraksi di Olimpik London mencetus keupayaan luar biasa pada perlawanan kelmarin. “Ditambah dengan sokongan padu peminat tempatan, kami tidak rela berputih mata selepas mendahului dua gol,” kata Muslim.Namun, dia tidak menyembunyikan hakikat betapa perit cabaran skuad negara tanpa Gary Steven Robbat selepas dibuang padang enam minit masuk ke babak kedua.“Ketiadaan Gary memang sedikit memberi tekanan kepada kami, tetapi hasil kerjasama berpasukan yang mengekalkan disiplin tinggi sehingga tamat permainan, kami berupaya mempertahankan kelebihan jaringan.“Bagi saya Gary antara tonggak utama kejayaan ini sebelum dia dibuang padang kerana dua gol yang diperoleh pada babak pertama adalah hasil pergerakan cantik barisan tengah yang diterajuinya. Apa yang penting sekarang ialah memberi tumpuan kepada saingan seterusnya dan kami akan meningkatkan usaha untuk mengorak langkah lebih jauh,” katanya.”
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|