CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Khazanah tak ketepi Bumiputera

[Copy link]
Post time 25-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penilaian GLC secara merit kekal supaya mampu bersaing peringkat globalKHAZANAH Nasional Bhd akan memastikan pendekatan pengembangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terus dilakukan secara merit, pada masa sama tidak mengetepikan dasar berkaitan pembangunan golongan Bumiputera.\rPengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar, berkata sebahagian daripada agenda pembangunan nasional adalah meletakkan GLC yang bersifat inklusif kepada semua pihak.\r\n\n\n\n\r“Bagaimanapun, agenda Bumiputera kami adalah aktif serta dilakukan dengan tersusun. Kami melakukannya bukan saja kepada kumpulan Bumiputera tetapi kepada vendor tempatan,” katanya selepas perasmian Hari Terbuka GLC di Kuala Lumpur, semalam. Ia disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\r\r\n\n\n\n\nTurut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. \rAzman berkata, Khazanah mempunyai program vendor tempatan yang aktif serta tersusun di bawah program transformasi GLC dan  program itu dilakukan sewajarnya dan dengan cara yang betul.\r“Di bawah program itu, ada 130 peserta yang menamatkan program secara merit, justeru, mereka mampu memberikan perkhidmatan apabila diperlukan.\r“Kami mesti tegas dengan kumpulan ini, mungkin ia cara kurang popular tetapi pihak pengurusan perlu dipuji kerana serius mengambil pendekatan itu,” katanya.\r\n\n\n\nSementara itu, Azman yang juga Sekretariat Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG), berkata semua GLC perlu meneruskan usaha mengukuhkan kedudukan perniagaan masing-masing di luar negara, terutama peringkat serantau untuk mengelak menjadi ‘mangsa’ persaingan globalisasi.\r“Globalisasi sering diperkatakan setiap orang dan ia menjadi semakin penting kerana jika anda tidak berdaya saing pada peringkat global atau serantau, maka dunia dan peserta serantau akan datang menghantui anda,” katanya.\rDalam konteks itu, katanya semua syarikat tempatan, termasuk bukan di kalangan GLC mesti mempunyai perancangan bersaing  peringkat serantau dan antarabangsa.\r“Jika kita berdaya saing peringkat serantau atau antarabangsa, itu bermaksud  kita kukuh, kuat dan boleh bersaing,” katanya.\rBeliau menambah, walaupun langkah itu bukan mudah, ia  perlu dilaksanakan kerana berkembang ke luar negara sentiasa berisiko.\r“Sebuah kapal adalah untuk dilayarkan nakhoda. \r“Sudah pasti anda tidak mahu melakukan kesilapan kerana jika anda membuat silap, maka ia tidak akan membawa anda ke mana-mana,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.084170 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list