CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 96|Reply: 0

Chelsea buah hati Glenn

[Copy link]
Post time 25-6-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
BOLEH saja dia memilih untuk berdikari serta lari daripada kongkongan orang tua dan menikmati sepuasnya dunia remaja kerana pada usia menjangkau 19 tahun, Chelsea Olivia Wijaya memiliki segala-galanya.\rChelsea akur menerima kenyataan, hidup sebagai remaja sering menghadapkan dirinya pelbagai pilihan dan percaturan yang barangkali mendorongnya memilih jalan salah. Gadis yang mencipta nama menerusi sinetron, Cincin ini bagaimanapun, memilih untuk sentiasa ditemani ibu malah selesa jadual kariernya diatur figura yang paling memahami dan dekat dengan dirinya.\r\n\n\n\n\r     Chelsea tidak menafikan, sesekali jiwa remajanya juga memberontak. Namun, dia cuba mengawal supaya sesuatu isu tidak berlarutan hingga menjejaskan keharmonian hubungan antara ibu dan anak.\r\r\n\n\n\n\n     “Bohong jika tidak pernah berselisihan faham dengan ibu. Ada ketika saya menjadi emosional, mama juga begitu tetapi mama pantas memaafkan kesalahan. Saya sendiri kurang selesa jika tidak bertegur sapa dengan mama berhari-hari. Paling lama saya mampu mendiamkan diri sehari dan selepas itu, hubungan kami kembali harmoni,” kata anak pasangan Jacob Wijaya dan Yuliana Agustine yang dilahirkan di Lampung pada 29 Julai 1992 ini.\rSedang popular dengan sinetron, Cinta Melody yang bersiaran di Astro Ria, Chelsea mengakui dia mempunyai karakter yang berbeza daripada ibunya.\rChelsea menyifatkan ibunya sebagai seorang pemikir dan sering terbawa-bawa dengan sikapnya yang mementingkan kesempurnaan hingga pernah jatuh sakit.\r“Itu sifat mama yang paling saya benci. Biarpun hubungan kami rapat tetapi saya tidak pernah tahu, apakah segala yang saya lakukan ini berjaya membuat mama bangga. Namun saya percaya, mama bangga mempunyai anak seperti saya juga dua adik beradik lain,” kata Chelsea yang bergandingan dengan Randy Pangalila dalam sinetron popular itu.\r\n\n\n\n\rKedekatan mereka, akui Chelsea membuatkan dia tidak sesekali meminggirkan ibunya ketika keluar berpacaran dengan kekasihnya, pelakon popular, Glenn Alinskie. \rChelsea berkata, dia dan Glenn selesa keluar bersama ibunya, bahkan langsung tidak terkongkong atau terpaksa berpura-pura kerana perlu menjaga hati orang tua.\r“Saya sudah terbiasa begini. Semuanya dilakukan bersama mama. Dia menjadi rujukan saya, sehinggakan mama lebih tahu jadual penggambaran saya. Jadi, saya tidak betah sendirian tanpa mama. Semuanya diatur mama, malah untuk bersantai dengan Glenn juga mama perlu ada.\r“Barangkali saya cuma akan berdikari selepas mendirikan rumah tangga nanti. Saya sendiri tidak dapat bayangkan nanti bagaimana mahu melalui kehidupan tanpa mama seperti hari ini,” katanya.\rChelsea bertuah kerana Glenn memahami pendiriannya, malah jejaka yang melonjak selepas membintangi sinetron, Buku Harian Nayla langsung tidak berasa terganggu dengan situasi itu.\rLangsung di hatinya tidak terdetik rasa rimas kerana ibu Chelsea juga mengerti ada ketika, mereka juga memerlukan privasi sebagai pasangan sedang bercinta.\r“Kalau jalan berdua lebih romantis, tetapi saya juga senang jika ibu Chelsea ada bersama. Bukan setiap saat dia mengekori pergerakan kami. Ada ketika kami akan jalan berdua,” kata Glenn.  \rPopulariti Chelsea yang pantas mendaki membuatkan gadis yang mula melakar nama dengan membintangi iklan komersial sering menjadi perhatian peminatnya. Ketika membintangi sinetron Antara Cinta Dan Dusta di samping Evan Sanders, hampir setiap minggu lokasi penggambaran dikunjungi peminat.\rMereka bukan saja datang dari Jakarta, malah ada yang sanggup memandu jauh dari Jogjakarta dan Ponorogo hanya untuk bertemunya. \r“Terlalu ramai yang datang, membuatkan saya selalu diburu rasa bersalah. Saya sedang bekerja, mana mungkin saya mempunyai banyak masa untuk mendekati dan berinteraksi dengan mereka. Bukan saya menolak kehadiran mereka tetapi saya bimbang ia akan mengganggu perjalanan penggambaran. Saya kasihan peminat datang dari jauh tetapi situasi di tempa penggambaran tidak mengizinkan saya untuk melayani mereka lebih lama.\r“Berlakon itu sendiri mengejar masa, malah saya sendiri tidak punya banyak waktu untuk berehat. Saya terpaksa mencuri waktu supaya tidak membuat peminat terkilan,” katanya mengakui amat menghargai sokongan peminat yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan kariernya malah mengerti jika dia tidak berkesempatan melayani permintaan mereka.\rLebih selesa berlakon sinetron\rSEMPAT membintangi dua filem, Bukan Cinta Biasa dan Summer Breeza, Chelsea turut menyatakan keinginannya untuk kembali ke layar perak. Namun, Chelsea enggan tergesa-gesa kerana gadis yang turut mencuba nasib sebagai penyanyi ini melihat proses pembikinan filem di Indonesia tidak ubah seperti membintangi sinetron. \r“Bayangkan penggambaran filem siap dalam masa seminggu, jauh berbeza dari dulu yang memakan masa antara satu hingga dua bulan. Jika situasi yang sama terpaksa saya lalui, apa bezanya dengan bermain sinetron? Lebih baik saya berlakon sinetron,” katanya. \rChelsea menjelasakan, dia juga bersikap selektif dan hanya memilih peranan yang menguji kemampuannya selain berbeza daripada watak yang pernah dibawanya di sinetron.\rAkur kualiti filem Indonesia kini terus bertambah baik tetapi Chelsea mengakui, kekangan bajet dan proses pembikinan membuatkan produksi tempatan jauh ketinggalan berbanding filem asing.\r“Saya pernah diberitahu penggambaran filem memakan masa yang panjang. Bermula awal pagi, jam 5 petang belum tentu selesai jadi bagaimana kualiti lakonan mahu dijaga jika tubuh sudah penat.\r“Saya juga kurang selesa dengan persiapan saat akhir dan segala-galanya dibuat tergesa-gesa. Di luar sehari mereka cuma berlakon satu babak, sedangkan di Indonesia sehari harus menyiapkan satu episod. Biarpun kurang berpuas hati tetapi apa yang sutradara mampu lakukan kerana mereka sendiri mengejar waktu,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.057992 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list