CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

Chong Wei hampiri hatrik

[Copy link]
Post time 26-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Jaguh negara tetap waspada ancaman  Gade di final elak  berputih mata\r\"REKOD pertemuan memihak saya.\" Itulah luahan perasaan yakin Lee Chong Wei menjelang pertemuan menentang Peter Gade dalam final badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, hari ini.\r\n\n\n\n\r “Tetapi saya tetap waspada ancaman Gade. Dia sudah membuktikan usia bukan penghalang apabila mengekalkan tahap kecergasan tinggi dan sentuhannya juga masih berbisa. Jika tidak, dia tidak mampu mara sejauh ini dan saya perlu berhati-hati esok (hari ini) andai tidak mahu berputih mata,” kata pemain nombor satu dunia itu.\r\r\n\n\n\n\n  Semalam, dalam saingan separuh akhir, jaguh negara dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang menewaskan pemain muda China yang juga pilihan keempat, Chen Long 21-17, 21-18 dalam saingan selama 53 minit untuk memulakan buruan gelaran keenam, tahun ini.\rChong Wei, 29, yang memburu kejuaraan keempat dan hatrik pada kejohanan kedua berprestij ini selepas memenanginya pada 2007, 2009 dan 2010, mara ke final selepas mengetepikan lawan dalam saingan 53 minit.\rGade, 35, yang juga bekas pemain nombor satu dunia dan pilihan kelima mengesahkan tempat selepas mudah menyingkirkan Shoa Sasaki dari Jepun 21-11, 21-14 dalam perlawanan selama 34 minit.\rJaguh Denmark itu bagaimanapun mengakui dia perlu bekerja keras andai mahu mengejutkan Chong Wei yang berada di tahap prestasi terbaiknya.\r\n\n\n\n\r“Namun, saya yakin masih mempunyai peluang menang kerana apa saja boleh berlaku di final. Selepas Taufik (Hidayat) tewas, ramai peminat di Jakarta mahu saya menang,” kata Gade yang belum pernah memenangi kejohanan berkenaan.\rBerdasarkan rekod pertemuan, Chong Wei sudah memenangi 12 daripada 13 pertemuan dengan pemain nombor lima dunia itu, sekali gus memiliki kelebihan untuk membawa pulang hadiah wang tunai AS$48,000 (RM144,000) andai bergelar juara. \rKEPUTUSAN\rSeparuh Akhir\rPerseorangan Lelaki\rLee Chong Wei (MAS) mn Chen Long (CHN) 21-17, 21-18\rPeter Gade (DEN) mn Sho Sasaki (JPN) 21-11, 21-14\rPerseorangan Wanita\rSaina Nehwal (IND) mn Cheng Shao Chieh (TPE) 21-14, 14-21, 21-17\rWang Yihan (CHN) mn Jiang Yanjiao (CHN) 21-13, 21-12\rBeregu Lelaki\rCai Yun-Fu Haifeng (CHN) mn Markis Kido-Hendra Setiawan (INA) 21-18, 21-15; Chai Biao-Guo Zhendong (CHN) mn Mohammad Ahsan-Bona Septano 18-21 21-11 21-18

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.039885 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list