CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

Fragmen: Royalti P Ramlee dan sekatan muat turun haram

[Copy link]
Post time 27-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SEPANJANG minggu lalu, ada dua perkara membabitkan dunia hiburan yang sepatutnya diberi perhatian oleh pihak sewajarnya. Sememangnya dalam pelbagai kemelut negara, masalah dunia hiburan kita memang kurang diberi perhatian serius kerana beranggapan ia masalah remeh.\rPada 23 Jun lalu, akhbar ini menyiarkan laporan daripada Pulau Pinang mengenai Waris Tan Sri P Ramlee bercadang menuntut royalti daripada bekas majikan seniman agung itu hasil bayaran tayangan filem lakonan Allahyarham di stesen televisyen, termasuk televisyen berbayar yang dikatakan mencecah RM200 juta.\r\n\n\n\n\rSetakat ini, waris P Ramlee hanya menerima royalti daripada lagu Allahyarham, termasuk RM200,000 yang dibayar syarikat rakaman dan Persatuan Perlindungan Hak Cipta Muzik Malaysia (MACP), pada tahun lalu. \r\r\n\n\n\n\nBagi tujuan itu, waris Allahyarham melantik peguam, Datuk Hamzah Mohd Kassim bagi mengendalikan urusan berkaitan usaha mendapatkan imbuhan daripada bekas majikan P Ramlee itu. \rKita sangat menghormati usaha yang dilakukan oleh waris P Ramlee dan peguam mereka dalam membuat tuntutan ini. Tapi ia bukan satu usaha mudah. \rBagi kita, memang keluarga atau waris P Ramlee berhak  mendapatkan hak royalti itu walaupun sukar. Dalam membuat tuntutan itu pun kena khusus. Royalti atas dasar apa? Kalau dasar lakonan, bukan saja P Ramlee, tetapi pelakon lain yang turut membintangi filem arahan P Ramlee seperti Datuk Aziz Sattar, Zaiton, S Shamsudin juga boleh jadi turut membangkitkan tuntutan yang sama.\rRoyalti filem P Ramlee adalah isu lain, tetapi kita berasakan perkara paling penting ialah hak mutlak terhadap semua karya P Ramlee. \r\n\n\n\n\rWalaupun kita sering berbangga-bangga dengan keunggulan seniman agung tanah air itu, tetapi secara fizikalnya kita tidak memiliki apa-apa terhadap karya P Ramlee. Memang benar kita boleh mendengar suara P Ramlee. Kita juga boleh menonton filem P Ramlee. Namun, pada akhirnya, apa yang kita miliki pada setiap karya P Ramlee.\rUntuk lebih memahami lagi, siapa sebenarnya yang jadi pemegang asal hak cipta semua karya P Ramlee? Hak cipta atau harta intelek filem P Ramlee yang asal masih dipegang oleh Shaw Brothers yang kini berpejabat di Hong Kong. Shaw Brothers boleh berbuat apa saja terhadap filem P Ramlee kerana hak ciptanya adalah milik mereka.\rLagu P Ramlee pula sehingga kini sebahagian besar hak ciptanya dipegang oleh syarikat rakaman muzik EMI yang berpangkalan di London. EMI pula sekarang sudah dibeli oleh Warner Music yang berpejabat di Amerika Syarikat. Jadi, apa yang kita ada pada P Ramlee? \rYa! kita ada Jalan P Ramlee di Kuala Lumpur, Auditorium Besar P Ramlee di Angkasapuri atau Pawagam Mini P Ramlee di Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (P Ramlee). Dalam erti kata lain, kita hanya sekadar memiliki nama P Ramlee.\rProses untuk membuat semua tuntutan itu mungkin tidak mustahil, tetapi ia membabitkan kos sangat tinggi, selain hal berkaitan perundangan dan birokrasi yang amat rumit.\rBagaimanapun, sewajarnya kerajaan atau agensi kerajaan berkaitan seperti Arkib Negara, FINAS, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian atau Badan Warisan Malaysia perlu ada usaha secara berterusan untuk menjadikan semua karya P Ramlee, sama ada filem dan muzik sebagai hak mutlak kita. \rSementara itu, pada 21 Jun pula, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) bersama-sama Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) pula tampil bagi menunjukkan sokongan terhadap tindakan kerajaan menyekat beberapa laman portal yang menawarkan khidmat muat turun kandungan kreatif secara haram.\rSokongan itu adalah susulan daripada tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat beberapa laman portal muat turun haram.\rSKMM mengenakan tapisan internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail antarabangsa sehingga menyebabkan beberapa laman web kerajaan dan hiburan digodam.\rDalam erti kata lain, 10 portal yang didakwa sebagai tidak sah ini seumpama lanun cetak rompak juga, tetapi operasi mereka adalah secara digital atau maya.\rHari ini masyarakat kita selalu merungut tidak ada lagu baru untuk didengar. Kalau ada pun tidak sedap dinikmati. Karyawan muzik sering dikritik sebagai tidak kreatif lagi untuk menghasilkan karya muzik bermutu.\rTapi pada masa yang sama, kebanyakan masyarakat kita atau peminat muzik tidak memberikan sokongan sejati dan secara tulen kepada pengkarya muzik kita. Ada lagu sedap dan bermutu tak nak beli yang asli. Sebaliknya lebih suka muat turun secara haram. Kononnya percuma dan senang, tetapi tidak memikirkan atau hendak menghargai susah senangnya pengkarya muzik memerah idea untuk mencari sesebuah lagu yang baik.\rBagi pengkarya muzik pula, menyedari hasil karya mereka tidak dihargai oleh masyarakat, untuk apa hendak bersusah payah mencari ilham sampai nak ‘pecah kepala’ tetapi akhirnya masyarakat lebih suka beli yang cetak rompak. Harga barangan cetak rompak memanglah murah sebab mereka tidak perlu nak ‘pecah kepala’ cari idea, tidak perlu berbelanja nak sewa studio, bayar pemuzik dan kos lain. \rMacam orang jual barang curi, si pencuri boleh jual murah sebab mereka dapatkan semua barang jualannya dengan mencuri hak orang lain. \rMasyarakat kita perlu jujur pada diri sendiri. Kalau tidak mampu atau memang tidak sedap didengar, tak payahlah beli. Kalau sedap, apa salahnya keluarkan sedikit wang sebagai tanda sokongan dan menghargai usaha mereka. Ada ketikanya orang yang berkarya itu suatu masa nanti adalah saudara mara kita, adik, abang, kakak atau sepupu dan apakah perasaan kita apabila karya mereka dicuri? Tepuk dada tanya selera. - [email protected]

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.046641 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list