View: 160|Reply: 0
|
Seri Mersing balik ke Johor
[Copy link]
|
|
Teater yang dipentaskan di IB pada Mac lalu diharap pikat penonton dari Singapura \rSAMBUTAN terhadap naskhah filem yang diangkat ke pentas teater, Sri Mersing sebaik berlabuh di Istana Budaya Mac tahun lalu membuktikan betapa karya Allahyarham Salleh Ghani itu punya keistimewaan tersendiri apabila terus memancing khalayak sekali pun selepas lima dekad berlalu.\r\n\n\n\n\rSelepas lebih setahun, berikutan permintaan ramai, pementasan Sri Mersing 2 bakal menyusul bermula 15 Julai ini namun di lokasi berbeza iaitu di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor sekali gus memberi cabaran berbeza buat seluruh tenaga produksi ini.\r\r\n\n\n\n\nAnak Allahyarham yang juga pencetus usaha mengadaptasi filem itu ke pentas teater, Megat Mohd Noor daripada Keno Production mengakui kali ini pelakon serta krew berhadapan cabaran hebat untuk memastikan segala rasa dan perasaan yang diluah di atas pentas sampai kepada khalayak. \r“Kisah yang digarap membabitkan lokasi di Johor iaitu Mersing manakala ayah saya sendiri berasal dari Muar sekali gus usaha membawa Sri Mersing 2 ke negeri itu mempunyai kaitan tersendiri dan kami harap penonton Singapura juga sudi ‘turun’ mengikuti kisah klasik ini.\r“Cuma apabila dipersembahkan di ruang yang sangat luas, berbeza dengan Istana Budaya yang memang dilengkapi pelbagai kemudahan, kami perlu bekerja keras memberikan hanya yang terbaik. Inilah cabaran terbesar yang membuatkan kami cukup teruja,” katanya pada pelancaran Sri Mersing 2.\rHampir 80 peratus sama dengan pementasan asal, bagi Sri Mersing 2 yang dijadualkan berlangsung selama tiga, sekali lagi Rosdeen Suboh dipertanggungjawabkan sebagai pengarah manakala Hairul Anuar Haron selaku pengadaptasi skrip.\r\n\n\n\n\rElly Mazlein yang membawakan watak Sri pada persembahan terdahulu masih kekal namun kali ini berpasangan dengan Zul Huzaimy sebagai Damak.\rBarisan pelakon lain ialah A Galak selaku Pak Malau, Fazurina (Siantan), Mardiana Alwi (Siti Payung), Leez Rosli (Sri Melati), Yus Jambu (Awang Sulong), Yus Waisar (Jalal Lenteng), Along Eyzendy, Azlan Komeng (Bentayan) dan Datuk Rosnani Jamil kekal sebagai Sri selepas 30 tahun ditinggalkan Damak.\rMenafikan wujudnya konflik dengan pembawa watak Damak pementasan sulung, Adi Putra, akui Megat yang mesra disapa Keno, pertindihan jadual membuatkan mereka mendapatkan khidmat Zul Huzaimy yang dirasakan menjadi calon paling sesuai dari segi karektor dan penampilannya.\r“Jika dihitung, kami mempunyai masa yang sangat terhad iaitu tidak sampai kira-kira seminggu. Tetapi kami yakin komitmen serta semangat kerja berkumpulan melancarkan segala persediaan apatah lagi semua krew berpengalaman dan pelakon pula ramai yang pernah berada di pentas sama Mac lalu.\r“Individu yang perlu melipatgandakan usaha adalah Zul Huzaimy namun kami yakin dengan kemampuannya. Dia pelakon yang cerdik, saya pasti dia mampu menghayati watak jejaka bersemangat waja itu,” katanya yang sudah merencana pementasan sejak awal tahun lagi.\rTambah Keno, pihaknya berbesar hati apabila mendapat sokongan padu pelbagai pihak terutama Kerajaan Negeri Johor, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya, Yayasan Warisan Johor serta Istana Budaya yang turut membakar semangat seluruh produksi terbabit.\r“Bersama latar pentas yang membabitkan aneka props besar, adalah mustahil untuk merealisasikan perkara ini terutama dari segi logistik. Tetapi kita bertuah kerana mendapat sokongan ramai dan seperti ditegaskan, latihan berterusan dan disiplin saja mampu memastikan Sri Mersing 2 sehebat yang pertama atau mungkin lebih daripada itu.\r“Sebenarnya selepas pementasan sulung, sepatutnya ia dibawa ke Esplanade Singpura. Cuma masalahnya perbelanjaan membawa set serta pelakon melebihi apa yang ditawarkan, justeru kerjasama dengan kerajaan negeri juga membawa Sri Mersing 2 ke Johor,” katanya.\rSementara itu, Zul Huzaimy berkata tawaran daripada kedua-dua rakan karibnya, Keno dan Rosdeen dianggap sebagai suatu penghormatan malah ia tidak mungkin dilepaskan memandangkan undangan pertama dulu terpaksa ditolak berikutan sudah punya komitmen lain.\r“Ketika pementasan Sri Mersing dulu mereka pernah menemui saya. Mungkin sudah rezeki, kali ini peluang saya membawakan watak Damak terbentang di depan mata. Sudah pasti yang agak sukar adalah berbicara dalam bahasa Melayu klasik selain cara percakapan.\r“Persediaan bukan hanya dari segi lakonan malah mental dan fizikal kerana difahamkan latihan dijalankan secara intensif termasuk sesi dua minggu di Johor nanti. Apa pun saya sudah bersedia dan tidak sabar beraksi di pentas nanti,” katanya yang sanggup menolak tawaran lain semata-mata mahu menumpukan perhatian terhadap persediaan awal latihan.\rBagi Elly Mazlein, biarpun punya pengalaman dalam produksi pertama, akuinya debaran masih bersarang di hati memandang lokasi pementasan Julai nanti di ruang yang begitu luas sekali gus mencabarnya sebagai tunjang utama dalam memastikan khalayak turut merasai perasaan Sri.\r“Inilah bezanya seni teater. Persembahan secara langsung ini menguji emosi kita sendiri. Begitupun saya anggap diri bertuah kerana masih mendapat kepercayaan produksi membawakan watak Sri yang penuh derita terpendam di dada apabila cintanya tidak kesampaian.\r“Disebabkan teater ini amat bermakna buat diri saya sendiri, setiap dialog dan babak masih segar dalam ingatan, hanya perlu saya pertajamkan lagi untuk mendapat hasil sebagaimana diingini. Dalam soal keserasian, sebelum ini saya pernah bergandingan dengan Zul Huzaimy dalam drama,” katanya.\rINFO: Teater Sri Mersing 2\rLokasi: Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB) \rTarikh: 15 Julai hingga 17 Julai 2011\rMasa: 8.30 malam\rTiket: RM25 dan RM50 \rPertanyaan Lanjut & Tempatan Tiket: 03-78807999 atau layari www.ticket pro.com.my.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|