View: 129|Reply: 0
|
Mercedes-Benz unjur jualan naik 2 angka
[Copy link]
|
|
Pasaran lebih baik lonjak permintaan kenderaan mewah\rMERCEDES-Benz Malaysia Sdn Bhd menjangkakan jualan pelbagai model edarannya di negara ini akan meningkat dua angka tahun ini berbanding tahun lalu, berikutan persekitaran pasaran yang lebih baik pada suku kedua.\r\n\n\n\n\r Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Roland S Folger, berkata bagi tempoh lima bulan sehingga Mei tahun ini, jualan model bagi segmen kenderaan penumpang meningkat 13 peratus kepada 2,208 unit, berbanding 1,959 unit bagi tempoh sama tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n Bagi segmen kenderaan komersial pula, katanya, jualannya meningkat 21.9 peratus kepada 78 unit berbanding 64 unit, sementara bagi trak Mitsubishi Fuso pula menokok 42.6 peratus kepada 810 unit daripada 568 unit.\r“Kami menyasarkan jualan tahun ini meningkat didorong peningkatan permintaan bagi kenderaan penumpang mewah. Dengan senarai menunggu antara tiga hingga enam bulan bergantung kepada model, ia menggambarkan mengenai permintaan kukuh terhadap kenderaan Mercedes-Benz tahun ini,” katanya.\rBeliau berkata demikian pada temu bual eksklusif selepas 100 hari mengetuai Mercedes-Benz Malaysia sejak 1 Mac lalu bagi menggantikan Peter Honegg yang kini menggalas tugas sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz India.\rTahun lalu, Mercedes-Benz Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan 28.2 peratus atau 5,003 unit bagi segmen kenderaan penumpang, pencapaian tertinggi yang direkodkan syarikat pengeluar kenderaan dari Jerman itu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|