|
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan membuka pusat jualan, perkhidmatan dan alat ganti (3S), di Melaka bulan depan, kata Pengarah Urusannya Datuk Aminar Rashid Salleh.\rBeliau berkata, syarikat itu sedang memuktamadkan perjanjian tanah dengan kerajaan negeri untuk membuka pusat itu di Ayer Keroh.\r\n\n\n\n\r “Kerajaan negeri sebelum ini menawarkan tanah di Autocity, Melaka namun memandangkan tempat itu masih baru, kami berpendapat ia tidak sesuai dengan kepentingan kami.\r\r\n\n\n\n\n “Kami memilih kawasan berhampiran Taman Buaya, Ayer Keroh, memandangkan sebuah pasar raya besar dijangka dibina di situ. Kami yakin ia mampu menarik orang ramai,” katanya pada taklimat media sempena PERODUA Eco-Challenge 2011, di Melaka, kelmarin.\rBeliau bagaimanapun enggan menyatakan kos pembinaan pusat 3S itu yang dijangkakan memulakan operasi akhir tahun depan. Ketika ini PERODUA menguruskan 16 pusat 3S di seluruh negara.\rDalam perkembangan lain, Aminar Rashid berkata ,syarikat itu menerima sambutan hangat bagi Myvi versi baru.\r“Sehingga 24 Jun, kami menerima kira-kira 12,000 tempahan Myvi dan menjangka akhir Julai, kira-kira 2,000 hingga 3,000 Myvi baru akan berada di atas jalan raya,” katanya.\r\n\n\n\n\rAminar Rashid menjelaskan, tsunami di Jepun menjejaskan operasinya dan menyebabkan kelewatan dalam penyerahan Myvi baru kepada pelanggan.\rBeliau bagaimanapun berkata syarikat itu mengekalkan sasaran jualan 195,000 unit dan Myvi baru dijangka menyumbang sebanyak 50 peratus daripada jualannya. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|