View: 102|Reply: 0
|
Analisis: Ekonomi AS pengaruhi prestasi KDNK
[Copy link]
|
|
Pertumbuhan domestik kukuh, berterusan mampu elak kesan krisis kewangan global\rSEJAK kebelakangan ini, petunjuk ekonomi luaran sudah mula menunjukkan prospek yang kurang memberangsangkan.\r\n\n\n\n\r Terbaru adalah perangkaan dari Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan jumlah pekerjaan bukan dalam sektor perladangan yang diwujudkan, turun agak mendadak iaitu 54,000 pada Mei berbanding 232,000 di catatkan pada bulan sebelumnya.\r\r\n\n\n\n\n Selain itu, kadar pengangguran di AS juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus kepada 9.1 peratus pada Mei.\rKebimbangan ini adalah berdasarkan kepada fakta bahawa AS adalah antara rakan dagangan terbesar Malaysia.\rDi samping itu, kaitan antara AS dan Malaysia bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih tinggi, iaitu 86.9 peratus. \rIa bermakna prestasi KDNK bagi kedua negara itu mempunyai hubungan positif yang kuat.\r\n\n\n\n\rJika, pertumbuhan ekonomi AS mengalami penurunan, berkemungkinan ekonomi negara kita akan menuju ke arah sama, begitulah sebaliknya. \rHujah ini disokong apabila pertumbuhan eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E) yang menjadi eksport terbesar negara menguncup empat peratus pada April berbanding bulan sama tahun sebelumnya berikutan penurunan eksport ke AS.\rJusteru, adalah amat penting bagi negara kita untuk memastikan sektor dalaman ataupun ekonomi domestik akan sentiasa menjana aktiviti ekonomi sebagai benteng pertahanan terhadap prestasi ekonomi secara keseluruhan. \rNamun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu di atasi bagi mencapai hasrat itu.\rSebagai contoh, perangkaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menunjukkan jumlah projek yang diberi pada suku pertama 2011 adalah 589 atau penurunan sebanyak 64.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.\rBerdasarkan pecahan mengikut kategori, sektor seperti infrastruktur, kediaman dan bukan kediaman menguncup 70.5 peratus, 66.5 peratus dan 63.1 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. \rSelain itu, perbelanjaan pembangunan kerajaan yang banyak dikaitkan dengan pembangunan infrastruktur juga mengalami penurunan sebanyak 12 peratus pada suku pertama 2011.\rKesannya, pertumbuhan output bagi sektor pembinaan mengalami penyusutan sebanyak 3.8 peratus pada suku pertama 2011 berbanding 5.6 peratus yang di catatkan pada suku keempat 2010. \rDi samping itu, kelewatan pelaksanaan projek pembinaan juga mampu memberi kesan terhadap ekonomi negara.\rKajian akademik ada menunjukkan beberapa punca kelewatan dalam pelaksanaan sesuatu projek dan antaranya, perancangan yang tidak teliti oleh kontraktor, pengurusan kawasan pembinaan yang lemah, kekurangan pengalaman, kekurangan di dalam sumber kewangan, masalah subkontraktor, kekurangan bahan mentah dan buruh.\rDalam usaha kerajaan merasionalisasikan subsidi, permintaan domestik khususnya perbelanjaan swasta juga mengalami tempoh penyesuaian yang sekali gus meningkatkan risiko terhadap kelembapan dalam perbelanjaan swasta.\rSeharusnya isu itu perlu diberi perhatian oleh semua pihak bagi memastikan pertumbuhan sektor pembinaan tidak terbantut dan mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan negara yang mapan. \rIni berikutan adanya jaringan dengan sektor yang lain seperti pembuatan, perkhidmatan kewangan dan profesional.\rMelalui kesan penggandaan, pertumbuhan ekonomi negara khususnya sektor domestik akan lebih rancak jika kelancaran dalam pemberian kontrak dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih cekap. \r- Penulis ialah Penganalisis Ekonomi di Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC)
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|