View: 137|Reply: 0
|
'Perisik British' latih Tiara
[Copy link]
|
|
Ryan Silverman sanggup bercakap bahasa Melayu\rKALAU sebelum ini Stephen Rahman Hughes dikenali di Malaysia selepas membintangi teater muzikal Puteri Gunung Ledang, bintang muzikal Mamma Mia, Ryan Silverman pula diangkat sebagai hero dalam teater muzikal The Secret Life Of Nora yang akan dipentaskan di Istana Budaya, September depan.\r\n\n\n\n\rMemiliki perwatakan menarik dan berkarisma disamping vokal yang memukau adalah faktor utama bintang broadway dari New York ini dipilih memegang watak utama sebagai ejen pengintip British dalam muzikal itu.\r\r\n\n\n\n\nBintang kelahiran Alberta, Kanada ini diberi kepercayaan oleh produksi Enfiniti Vision Media untuk mengubah penampilan Nora lakonan Datin Seri Tiara Jacquelina daripada seorang penyanyi kabaret menjadi ejen pengintip.\rDalam teater itu nanti, dia memegang peranan sebagai perisik British yang melatih Nora sebagai pengintip. Adakah dia akan tampil seumpama Roger Moore atau Danial Craig, sebagai perisik terkenal, licik dan glamor dalam filem perisik terkenal British, James Bond? \rMeskipun pementasan itu menggunakan dwi bahasa dan hampir 70 peratus dalam Bahasa Melayu, namun ia tidak menghalang Ryan yang melakonkan watak Roger untuk berdialog dalam muzikal yang akan berlangsung dari 29 September hingga 16 Oktober depan.\rBagi jejaka berusia 34 tahun ini, walaupun sukar untuk menguasai bahasa Melayu dalam masa yang singkat namun dia akan cuba mempelajari dan mempraktikkannya jika diminta berdialog dalam Bahasa Melayu.\r\n\n\n\n\r“Skrip dalam dwi bahasa tetapi dialog saya dalam Bahasa Inggeris. Jika saya diminta untuk berdialog dalam Bahasa Melayu mungkin saya akan cuba lakukan sebaik mungkin,” katanya. \rMalah, bagi Ryan kesempatan yang diberikan Enfiniti kepadanya adalah satu peluang keemasan yang perlu direbut bagi mengembangkan lagi bakatnya di luar New York.\rDisebabkan dirinya sudah dikenali di pentas teater broadway, Ryan mahu bakat yang dimilikinya lebih dikenali meskipun tidak pernah beraksi di pentas luar negara.\r“Saya menerima tawaran ini kerana ia sebuah teater yang lain daripada teater muzikal yang pernah saya bintangi dan kerana ia hasil karya produksi luar negara yang menarik.\r“Saya tak pernah bekerjasama dengan produksi luar dan bila diberi peluang ini saya merasakan satu penghargaan buat diri saya, nak pula produksi dari Malaysia sebuah negara yang tak pernah saya kunjungi apatah lagi Asia,” katanya.\rPernah membintangi drama dan filem, Sex and The City 2, Gossip Girl, Five Minarets dan It’s Complicated, Ryan terbabit dalam pentas broadway sejak 12 tahun lalu selepas berhijrah ke New York.\rSelain memiliki wajah yang tampan dan mudah mengukir senyum, bekas pelajar teater di Edmonton, Kanada ini juga memiliki vokal yang memukau sehingga mampu membawanya ke pentas muzikal terkenal seperti West Side Story, Phantom Of The Opera dan Wicked.\r“Mungkin kekuatan vokal yang saya miliki penyebab saya dipilih untuk membawakan watak utama ini. Saya belum baca skrip sepenuhnya tetapi watak saya adalah untuk mengajar dan mengubah penampilan Nora menjadi seorang ejen pengintip.\r“Saya mula membabitkan diri di dalam bidang ini boleh dikatakan agak lewat ketika berusia 22 tahun tetapi rasa bangga sebab bakat saya dipandang oleh produksi luar,” jelasnya.\rSelain di pentas broadway, Ryan pernah terbabit dalam konsert Cincinnati Pops, Fort Worth Symphony, Modesto Symphony, Edmonton Symphony, Hartford Symphony, Cafe Carlyle dan Feinstein’s.\rBercita-cita hasilkan album solo\rMEMILIKI tiga lagu single, It Had Better Be Tonight, Fragile dan My Funny Valentine yang berentak jazz, Ryan menyimpan impian untuk menghasilkan album solo pertamanya suatu hari nanti.\rMempunyai vokal bernada tinggi dan besar kelebihan buat jejaka ini untuk membawakan lagu berentak sedemikian, namun tumpuannya kini lebih tertumpu kepada pentas broadway.\r“Memang impian saya untuk mempunyai album solo sendiri tetapi belum sampai masanya lagi kerana sibuk dengan pementasan teater dan boadway.\r“Sebelum terbabit dalam bidang ini pun saya seorang penyanyi tetapi tidak berapa serius dalam nyanyian namun selepas menceburi seni pementasan saya mula menyimpan hasrat untuk mempunyai album sendiri,” katanya.\rDisebabkan bakatnya lebih menyerlah dalam seni pementasan, Ryan lebih memberi fokus dalam karier yang telah menaikkan dan mengembangkan bakatnya dalam bidang terbabit.\rBahkan, dia melihat peningkatan dirinya kini adalah satu pencapaian yang baik buat dirinya jika dibandingkan sejak mula-mula menceburi seni pementasan.\r“Setiap kali saya melihat diri saya kini merasakan suatu pencapaian yang amat memuaskan dan tidak akan menoleh ke belakang lagi kerana apa yang saya miliki kini sudah mencapai satu tahap yang saya inginkan. Tak perlu mencapai sebarang anugerah atau penghargaan kerana karier yang saya miliki ini adalah satu pencapaian buat diri saya,” jelasnya.\rRyan yang pernah dicalonkan dalam Olivier Award 2008 untuk West Side Story tidak pernah meletakkan sebarang impian untuk dikenali di Malaysia seperti Stephen Rahman, sebaliknya berpuas hati jika bakatnya dihargai dan diminati rakyat negara ini.\rApa yang diharapkan, lakonannya nanti dapat menarik perhatian penonton serta bakal menampilkan kelainan berbanding muzikal yang pernah dibintanginya sebelum ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|