CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

IPO Bumi Armada dijangka RM2.80 hingga RM3.15 sesaham

[Copy link]
Post time 28-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BUMI Armada Bhd yang akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia tidak lama lagi, dijangka menetap harga tawaran awam permulaannya (IPO) antara RM2.80 hingga RM3.15 sesaham, demikian menurut laporan Reuters.\rAgensi berita itu berkata, syarikat perkhidmatan lapangan minyak luar pantai antarabangsa milik tokoh perniagaan T Ananda Krishnan itu, akan mengumpul sehingga AS$906 juta (RM2,76 bilion) menerusi IPO pada bulan depan. \r\n\n\n\n\r  Ia, sekali gus menjadi tawaran awam kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Hutchinson Port yang disenaraikan di Singapura.\r\r\n\n\n\n\n  Menurut laporan itu, IPO itu telah menarik tujuh pelabur penting termasuk syarikat pelaburan dana Permodalan Nasional Bhd dan Prudential Fund Management yang bercadang   melabur kira-kira AS$309 juta.\r“Dalam prospektus IPO syarikat itu menunjukkan Bumi Armada   menetapkan harga antara RM2.80 hingga RM3.15 sesaham, yang menjana sehingga AS$906 juta, lebih rendah daripada jangkaan sebelum ini iaitu AS$1 bilion. \r“Ini menunjukkan sesetengah pelabur masih   bimbang dengan ketidaktentuan pasaran kewangan berikutan krisis hutang Greek dan tekanan inflasi,” kata agensi berita itu.\rSebanyak AS$58 bilion nilai IPO di Asia     ditarik balik dalam tempoh enam bulan oleh 36 syarikat, iaitu 39 peratus lebih tinggi daripada tahun lalu dan menjadi jumlah terbesar pernah dicatatkan setakat ini, menurut data Thomson Reuters.\r\n\n\n\n\r“Penyenaraian Bumi Armada adalah baik untuk pasaran saham Malaysia kerana kita kekurangan IPO seperti ini untuk direbut,” kata Pengurus Dana yang berpangkalan di Kuala Lumpur Aberdeen Asset Management Abdul Jalil Rasheed kepada Reuters.\r“Sekali lagi, ini adalah penyenaraian semula dan kita akan tunggu dan lihat sama ada ini adalah syarikat yang akan memberi pulangan kerana sektor minyak dan gas adalah sangat tidak menentu,” katanya.\rPenyenaraian Bumi Armada adalah yang terbesar di Malaysia sejak penyenaraian Petronas Chemicals tahun lalu.\rBumi Armada adalah pakar sokongan minyak luar pesisir dan hanya satu-satunya syarikat Malaysia yang memiliki kapal simpanan pengeluaran terapung dan pemunggahan (FPSO), yang membawa kadar pajakan premium.\rBumi Armada dijadikan syarikat persendirian pada   2003 oleh Ananda dan rancangan penyenaraian semula pada   2008 telah ditangguhkan berikutan krisis kewangan global.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054559 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list