CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

Bank pusat dunia waspada risiko krisis kewangan

[Copy link]
Post time 28-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BANK pusat utama dunia mengeluarkan amaran kepada pelabur supaya bersedia menerima margin keuntungan kecil berikutan tindakan bank yang semakin enggan mengeluarkan dana pinjaman sebagai persediaan mengelak berlakunya krisis kewangan sekali lagi.\rMereka juga menasihatkan bank seluruh dunia mengenai keperluan menaikkan kadar faedah bagi memastikan tahap inflasi terkawal.\r\n\n\n\n\r  Bank for International Settlements (BIS) berkata, peraturan baru bagi bank menyaksikan mereka menaikkan modal penampan secara beransur-ansur supaya mampu memberi pulangan yang boleh dijangkakan dan lebih kecil.\r\r\n\n\n\n\n  Namun begitu, BIS, organisasi utama memantau bank pusat utama lain, berkata dalam laporan tahunannya bahawa pengurus bank dan pemegang saham melaksanakan pengubahsuaian itu seperti yang dijangkakannya.\rKatanya, kadar faedah mungkin akan dinaikkan kerana polisi kewangan global yang lebih ketat diperlukan supaya dapat menahan tekanan inflasi dan menghindari risiko kestabilan kewangan.\rPengurus Besar bank itu, Jaime Caruana, berkata krisis kewangan global yang berlaku pada 2008-2009 masih membayangi dunia, tapi sudah ada petanda bahawa kembalinya pengambilan risiko keterlaluan berlaku lagi.\rBeliau memberi amaran ancaman daripada hutang awam yang tidak mampan, harga komoditi dan tenaga yang melambung naik serta inflasi yang sudah pun mengancam banyak negara.\r\n\n\n\n\r“Walaupun menggalakkan pelabur untuk mengambil risiko adalah sebahagian daripada pengurusan krisis, tapi ada kemungkinan dalam sesetengah peristiwa mereka akan melangkaui lebih daripada yang sepatutnya,” katanya.\rKatanya, masalah fiskal lebih kelihatan pada negara Eropah yang berhutang dalam skala besar seperti Portugal, Greece dan Ireland, negara ekonomi utama lain juga perlu berhati-hati dan segera meningkatkan pendirian mereka bagi mengelakkan tercetusnya krisis global yang lain. \r“Saya lihat terdapat keperluan untuk menaikkan polisi kewangan ke paras wajar,” katanya kepada pemberita di Basel, Switzerland.\rSecara global, kadar faedah jangka masa pendek sudah menunjukkan bacaan negatif dengan menjunam sejak tahun lalu. Menaikkan kadar faedah ke paras wajar dapat mengurangkan insentif pengambilan risiko berlebihan dan menyokong pengstrukturan yang diperlukan serta pelarasan pada kunci kira-kira. – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.128358 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list